Pengalaman Sebenar Dan Petua Untuk Berhenti Merokok

Dibawah merupakan pengalaman perokok yang telah berjaya berhenti merokok berdasarkan kisah sebenar.Di harap,perkongsian ini mampu memberi semangat kepada mana-mana individu yang ingin berhenti merokok.Semoga berjaya ya!

Kisah Pertama-ALI

Maaf, kongsi pengalaman, saya merokok mulai tahun 1967 dan berhenti serta merta pada tahun 1978 tanpa sebarang petua apa2 pun. Ketika saya batok, saya ke klinik, doktor nasihatkan lebih baik saya berhenti merokok, saya tidak berfikir panjang, ketika keluar dari klinik lansung saya buang kotak rokok yang masih penoh kedalam tong sampah, saya ambil keputusan paling mudah, saya mahu keluaga saya sihat dan kalau saya sakit tidak siapa akan bantu kita dan kita yang harus diri kita sendiri bukanya rokok yang mengurus kita, sampai saat saya menulis ini, saya tidak menyentoh rokok lagi, walau pun orang merekok disamping saya, tidak ada masaallah, tepok dada tanyalah iman, hanya mahu atau tidak, salam dari alam nusantara-ALI

Kisah Kedua-Kamil

Saya dulu adalah seorang perokok juga. Alhamdulillah saya dapat berhenti merokok dari tahun 2007- skng. Tak perlu ubat atau petua .YANG PENTING NIAT DAN KEAZAMAN YANG TINGGI PASTI ANDA BERJAYA. saya, doakan semuga anda berjaya. Insayallah...- Kamil 


Kisah Ketiga-Ramlan

Tak susah tuk berenti jika niatnya betul. Bukan time sakit nk berenti, dh sihat hisap balik. Kuatkan mental dan niat, in sha Allah. Aku pun dlu perokok tegar, senang je berenti. Skang bau rokok busuk gile, camtu la perasaan org len ms aku merokok dlu. Busuknya mmg tahap hapak.- Ramlan

Kisah Keempat-Jebat

Pucuk pangkal terletak pada hati, tekad, azam dan kehandak diri sendiri barulah menjadi untuk mengatasi ketagih merokok. !!!-Jebat

Tip Berhenti Merokok
Tips Untuk Berhenti Merokok

0 Response to "Pengalaman Sebenar Dan Petua Untuk Berhenti Merokok"

Post a Comment