Cara Tahu Air Asia Buat Promosi Tiket Penerbangan

Cara Tahu Air Asia Buat Promosi Tiket Penerbangan. Bagaimana untuk tahu promosi tiket flight murah Air Asia dengan mudah dan cepat ? Ikuti langkah-langkah membeli tiket Air Asia yang telah disediakan dibawah :

Cara Tempah Tiket Murah Air Asia
Promosi Tiket Murah Air Asia


Cara Mudah Tahu Air Asia Buat Harga Promosi

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan perkembangan tentang tiket flight Air Asia pada harga promosi atau rendah. Sila ikuti tutorial yang telah disediakan dibawah. Ianya mampu membantu anda mendapatkan tiket fli air asia pada harga yang murah.

1. Sila Buka "Play Store" atau klik https://play.google.com/store?hl=en

2. Cari " Asia Air Ticket Price Alert"

3. Klik "Install"

4. Bila dah  siap install, sila cari menu Add Widget.

  ( Jika terus pergi klik Icon Apps tersebut, ianya tidak akan berfungsi )

5. Kemudian, pilih saiz yang mana disukai. Terdapat 4 saiz yang berbeza.

 ( Saya cadangkan untuk pilih AKPA Biggest. JD,  aplikasi ini  akan tunjuk 4 route sekaligus )

6. Pergi ke Home Screen dan cari icon widget asia air ticket price yang sudah download tadi.

7. Klik pada ikon dan setkan lah route mana yang anda mahukan.

  (Jangan lupa set juga berapa haga tiket yang anda inginkan )

Sekarang, siap. Nanti apabila terdapat tiket promosi yang ditawarkan oleh air asia dibawah target price yang telah anda setkan, widget tersebut akan mengeluarkan bunyi loceng untuk memberi makluman kepada anda.

Diharapkan perkongsian tentang Cara Tempah Tiket Murah Air Asia dapat memberi manfaat kepada anda, Jangan lupa untuk kongsikan kepada yang lain dan selamat mencuba.

0 Response to "Cara Tahu Air Asia Buat Promosi Tiket Penerbangan"

Post a Comment