Kereta Proton Saga Model Terbaru

Kereta Proton Saga Model Terbaru. Peminat kereta terutama keluaran negara pasti terpikat apabila melihat rekaan model proton saga baru ini. Jika ianya benar-benar direalisasikan oleh proton, sudah pasti akan mendapat sambutan yang luar biasa daripada masyarakat.

Proton Saga Keluaran Baru
Proton Saga Model Terbaru


Gambar Proton Saga 2016 Model Baru

Hangat diperkatakan di laman sosial bahawa rekaan-rekaan yang dipaparkan merupakan model terbaru proton saga bagi keluaran akan datang. Pelbagai reaksi dan maklum balas yang telah diterima setelah masyarakat melihatnya.

Proton Saga Yang Cantik
Saga 2016

Proton Saga Rekaan Terkini

Sudah tentunya, dengan reka bentuk yang lebih segar dan lebih "sporty" ini telah mendapat maklum balas yang positif daripada peminat kereta yang terdapat di Malaysia, yang mana sudah lama dahagakan keluaran model kereta nasional yang sebegini untuk dimiliki berbanding model-model yang sebelumnya.

Reka Bentuk Kereta Proton Saga Baru
Proton Saga Design Baru

Spec Proton Saga Terbaru

Terdapat juga komen-komen yang mengharapkan agar syarikat proton lebih banyak mengeluarkan kereta yang memiliki rekabentuk sebegini dan dalam masa yang sama berharap proton dapat menjualnya dengan harga yang rendah berbanding kereta keluaran import. 

Kereta Proton Saga Paling Latest

.
Reaksi Masyarakat Terhadap Proton Saga Baru

Dibawah dikongsikan maklum balas yang diambil dari facebook terhadap design baru kereta proton saga apabila model ini disiarkan kepada umum.

  1. Dah macam Honda Vtec Turbo
  2. Lawa-lawa.Tolong jadikan ianya realiti dan yang penting harganya 50k kebawah kerana gaji rakyat Malaysia sikit tak macam menteri.
  3. Tahniah ,saya amat kagum dengan design yg hebat ini,Tahniah mmg cantik
  4. Jangan tengok design saja. Tengok berkualiti atau tidak
  5. Bangga walaupun kualiti xsetanding barat tpi kta mampu keluarkan jenama sendiri.
Jika anda mahu menambah komen tentang kereta proton saga keluaran 2016, silakan berbuat demikian diruangan komen yang telah disediakan dibawah. Sekian, terima kasih.

0 Response to "Kereta Proton Saga Model Terbaru"

Post a Comment