Semakan Keputusan Permohonan BR1M Bantuan Rakyat 1Malaysia

Semakan Keputusan Permohonan BR1M Bantuan Rakyat 1Malaysia. Kepada semua pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M ), semakan keputusan permohonan samaada berjaya atau gagal menerima Bantuan Rakyat 1malaysia boleh diketahui melalui pautan atau link yang disediakan dibawah. Walaubagaimanapun, keputusan status permohonan BR1M mungkin mengambil sedikit masa disebabkan maklumat pemohon perlu melalui beberapa saringan semakan serta verifikasi kelayakan dari beberapa agensi yang terlibat dan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia




Semakan Status Permohonan BRIM Bantuan Rakyat 1Malaysia

Pemohon boleh membuat semakan keputusan Bantuan Rakyat 1 Malaysia secara atas talian dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut

Cara Semak Keputusan BR1M Bantuan Rakyat 1Malaysia


1. Sila layari atau klik > Sistem Semakan Keputusan BR1M


2. Isikan Nombor Kad Pengenalan atau MYkad anda

3. Klik pada semak status permohonan

4. Soalan keselamatan yang anda daftarkan

Pemohon yang menghadapi masalah seperti tidak dapat membuat semakan secara online, sila kemukakan aduan kepada cawangan LHDN Lembaga Hasil Dalam Negeri berdekatan Jangan lupa untuk membawa bersama salinan pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan  Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi nombor di talian bebas tol bebas tol iaitu 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun majukan ke alamat emeil berikut br1m@treasury.gov.my.

0 Response to "Semakan Keputusan Permohonan BR1M Bantuan Rakyat 1Malaysia"

Post a Comment