Kereta Keluaran Proton Naik Harga Bermula Bulan Februari

Kereta Keluaran Proton Naik Harga Bermula Bulan Februari. Syarikat pengeluar kereta negara dijangka menaikkan harga kereta keluarannya selepas Tahun Baru Cina atau bulan Febuary ini akibat kejatuhan nilai ringgit yang memberi kesan kepada harga import komponen kenderaan berkenaan.

Kereta Proton Turun Harga
Kereta Proton



Kereta Proton Naik Harga Akibat Penyusutan Nilai Ringgit

Proton Holding Berhad, pengeluar kereta nasional, Proton Holdings mungkin akan dinaikkan harga kereta keluaranya selepas Tahun Baharu Cina atau bulan Februari ini disebabkan kos untuk mengimport komponen kenderaan proton meningkat akibat penyusutan nilai ringgit.

Datuk Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, ringgit sekarang lebih rendah berbanding tahun lepas yang mempengaruhi harga komponen import.

Tambahnya, Proton sedang berusaha sedaya upaya bagi tidak menaikkan harga sehingga Tahun Baharu Cina untuk membolehkan pelanggannya terus memiliki kereta baru pada harga semasa.Menurutnya lagi, hampir 20 hingga 30 peratus daripada komponen dalam kenderaan keluaran proton adalah diimport.

sumber : malaysiakini

0 Response to "Kereta Keluaran Proton Naik Harga Bermula Bulan Februari"

Post a Comment