Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-88 telah memutuskan bahawa, pemakaian inai di kedua tangan dan kaki adalah diharuskan kepada wanita sama ada yang belum berkahwin atau sudah berkahwin selagi mana ianya tidak menimbulkan fitnah.

Hukum Lukis Inai Di Tangan
Hukum Lukis Inai Di Tangan


Majlis Fatwa Hukum Pakai Inai Bercorak Mengikut Syarak

Ringkasan keputusan Majlis Fatwa Agama Islam tentang hukum memakai inai bercorak mengikut syarak :

1. Kadar pemakaian inai pada tangan dan kaki adalah terhad iaitu sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, 
2. Warna yang digunakan mestilah bersifat tidak kekal sebagaimana tatu dan lain-lain yang mengandungi sebarang unsur yang meragukan. 
3. Corak dan ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran tumbuh-tumbuhan dan daun adalah dibenarkan, manakala corak-corak lambang dewa-dewa, haiwan, atau ajaran atau apa juga gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
4. Bagi lelaki, pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari untuk pengantin ketika majlis perkahwinan dan juga bagi tujuan perubatan.

Jangan lupa sebarkan kepada yang lain dengan kongsikan di laman-laman sosial milik anda atau klik pada simbol g+1 dibawah. Sekian, terima kasih.

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak

0 Response to "Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak"

Post a Comment