Cara Jutawan DHerbs Terlajak Laris Mendidik Anak Mereka

Cara Aliff Shukri Jutawan Produk DherbsTerlajak Laris Mendidik Anak Mereka. Bagaimana cara seorang jutawan dalam produk kecantikan dan kosmetik yang bernama Datuk Aliff Shukri yang mana terkenal dengan produk Terlajak Laris di Malaysia memberi didikan kepada anak-anak mereka ? Ikuti perkongsian tentang Jejaka Terlajak Laris ini bersama isteri menjaga anak-anak mereka dalam kehidupan seharian.

9 Cara Pengasas Dherbs Didik Anak
Aliff Shukri Pengasas Dherbs




Rahsia Pengasas Dherb Laris Mengajar Anak Dalam Kehidupan


Datuk Aliff Shukri Bersama Isteri dan Anak-anak
Pengasas Produk Terlajak Laris dan Keluarga


  1. Datuk dan Datin tidak pernah memberi telefon,, tablet atau sebarang gadget lain kepada anak-anak mereka. Jadual anak-anak kesayangan mereka akan dipenuhi  dengan masa belajar bahasa seperti bahasa cina, inggeris, india mengaji dan lain lain subjek, Masa yang lebih akan diluangkan untuk bersama keluarga.
  2. Hanya pada hari Sabtu, anak-anak mereka dibenarkan untuk menonton televisyen, itu pun selama dua jam sahaja.
  3. Setiap kali makan dirumah, mereka sekeluarga akan makan di lantai yang dibentang tikar kerana senang untuk menyuap nasi. Meja yang ada sebagai syarat untuk ada didalam sebuah rumah.
  4. Setiap kali keluar bekerja, Dato dan anak-anak akan membawa bekal dan ianya diwajibkan kepada anak-anak. Makanan yang terdapat didalam bekalan tersebut akan dimasak oleh isterinya dan dibantu oleh pembantu rumah. Ini kerana Dato percaya bahawa air tangan seorang isteri yang juga ibu kepada anak anaknya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
  5. Hanya dua ringgit akan diberi kepada anak-anak yang bersekolah di sekolah swasta untuk berbelanja berbanding kawan-kawannya yang lain yang mengeluarkan duit sebanyak sepuluh ringgit sehari kepada anak-anak mereka
  6. Dua bulan sekali, beliau akan membawa anak-anak mereka ke rumah anak-anak yatim untuk tidur disana dan merasai sendiri susah senang kehidupan anak-anak yatim. Disamping dapat melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana perasaan anak-anak yatim apabila menerima bantuan daripada masyarakat.
  7. Dato akan pastikan anak-anak mereka untuk merasa kesusahan dalam mencari wang dan sedang melatih anak-anak untuk mengalaminya sendiri. Mungkin, apabila sudah meningkat dewasa, mereka akan diberi kerja sebagai penjaga stor atau lain-lain ujian yang akan difikirkan kelak.
  8. Selain itu, Dato sangat berpegang kepada pepatah yang menyatakan bahawa anak-anak yang berkualiti akan datang dari didikan ibu ayah yang bagus.
  9. Datin percaya bahawa setiap anak-anak akan ada kelebihan dan kekurangan. Jesteru, jangan pilih kasih dalam mendidik anak anak.
Rahsia Aliff Shukri Pengasas Produk Kosmetik Ajar Anak
Jutawan Dherbs Dan Isteri


Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca, Jika merasakan artikel ini turut berguna kepada mereka yang lain, Bantu kami dengan klik pada simbol g+1 atau sebarkan dimana-mana laman sosial milik anda. Terima kasih.

0 Response to "Cara Jutawan DHerbs Terlajak Laris Mendidik Anak Mereka"

Post a Comment