Resepi Ayam Tandori Yang Sedap dan Mudah

Resepi Ayam Bakar Tandori Yang Sedap dan Mudah. Dibawah merupakan perkongsian tentang resipi untuk menyediakan ayan tandoori ( turut sesuai untuk kegunaan memerap ikan atau daging atau makanan laut yang lain. Ikuti cara untuk masak ayam tandoori yang mudah dan lazat dibawah :


Resipi Masak Ayam Tandori
Ayam Tandori



Bahan Bahan Perapan Ayam Tandoori Yang Sedap

Berikut merupakan 11 bahan yang diperlu disediakan sebelum anda memulakan pemerapan ayam tandoori : 
  1. jintan manis
  2. jintan putih
  3. halia
  4. bawang merah
  5. bawang putih
  6. serai
  7. cili kering
  8. serbuk kunyit
  9. air asam jawa
  10. gula melaka
  11. Ayam 


Resipi Mudah Masak Ayam Tandoori 

  1. Masukkan jintan manis dan jintan putih ke dalam kuali dan gorengkannya sehingga warna agak kekuningan.. Biarkan seketika bahan tersebut sejuk, kemudian kisar.
  2. Sila kisar bawang merah dan bawang putih, halia, cili kering dan serai dan tumis
  3. Apabila sudah naik minyak, masukkan sedikit serbuk kunyit ke dalamnya
  4. Masukkan jintan putih dan jintan manis yang telah dikisar sebentar tadi
  5. Kemudian, masukkan air asam jawa diikuti dengan gula melaka dan garam secukup rasa.
  6. Masak sehingga naik minyak dan pekat
  7. Biarkan sebentar sehingga sejuk
  8. Masukkan ayam dan perap ayam dalam masa setengah jam atau lebih.
  9. Selepas itu, bakar  ayam tersebut diatas pemanggang.

Sekarang, ianya sudah siap untuk dihidangkan kepada seisi keluarga, sanak saudara atau tetamu yang datang. Semoga perkongsian ini dapat membantu dan bermanfaat kepada anda. Jangan lupa kongsikannya dengan yang lain juga. Selamat mencuba dan terima Kasih.

0 Response to "Resepi Ayam Tandori Yang Sedap dan Mudah"

Post a Comment