Resepi Udang Galah Berlada Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Udang Galah Berlada Yang Mudah Dan Sedap.  Dikongsikan bagaimana cara dan bahan-bahan untuk menyediakan hidangan udang galah berlada untuk santapan bersama keluarga tersayang.

Udang Galah Berlada Ala Chef
Udang Galah Berlada


Bahan-Bahan Masak Udang Galah Berlada

  1. Udang Galah
  2. Bawang putih dan bawang merah yang sudah dicincang atau kisar
  3. Halia yang siap dikisar atau cincang
  4. Cili Boh
  5. Serai
  6. Sos Tiram
  7. Air Asam Jawa ( sikit je pakai )
  8. Perasa


Cara Sediakan Udang Galah Berlada

1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia serta serai hingga warna kekuningan.
2. Kemudian, masukkan cili boh dan tumiskan bahan tersebut hingga pecah minyak
3. Selepas itu, tambahkan sedikit sos tiram
4. Keempat, tambahkan perasa (garam, gula, ajinamoto) serta sedikit air asam jawa.
5. Ambil sikit dan rasa, kalau masam manis kira jadi. Kalau tak cukup tambah apa yang patut. 
6. Akhir sekali, masukkan udang yang telah disediakan tadi dan masak hingga kering air.

Sekarang, sudah siap menu udang galah berlada anda untuk santapan tengahari bersama keluarga. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa sebarkan maklumat tentang resipi ini kepada yang lain dengan share di laman-laman sosial milik anda tau klik pada g+1 dibawah. Akhir kata, selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Udang Galah Berlada Yang Mudah Dan Sedap"

Post a Comment