Tips keselamatan Elak Kemalangan Eskalator Atau Tangga Bergerak

Tips keselamatan Elak Kemalangan Eskalator Atau Tangga Bergerak. Sejak akhir-akhir ini, sering kita dengar berlakunya kemalangan membabitkan pelbagai golongan masyarakat semasa menggunakan tangga bergerak atau Eskalator yang disediakan di pasaraya atau lain-lain tempat. Jesteru, dikongsikan langkah keselamatan yang perlu dilakukan semasa anda menggunakan eskalator.

Kemalangan Tersepit Eskalator
Panduan Elak Tersepit Eskalator


Cara Elak Tersepit Eskalator Atau Tangga Bergerak

1. Pastikan tali kasut yang anda pakai tidak longgar dan kasut yang dipakai adalah bersesuaian.
2. Sentiasa memegang tangan anak anda semasa menaiki eskalator atau tangga bergerak dan jangan biarkan mereka bermain di atasnya.
3. Berdiri ke kawasan tengah tangga atau dalam kawasan sempadan garisan kuning.
4. Sila pastikan kedua-dua belah kaki di atas anak tangga yang sama.
5. Jangan sesekali bersandar pada pemegang atau 'handrail'.
6. Pengguna stroller bayi dan dewasa yang bertongkat juga tidak digalakkan menggunakan tangga bergerak atau eskalator,  disarankan agar menggunakan menggunakan lif. atau tangga biasa.
7. Patuhi arahan keselamatan yang ditetapkan yang kebiasaannya ada  pada setiap eskalator.

Diharap, perkongsian ini, dapat membantu anda dalam menghindari kemalangan atau kecelakaan yang berpunca daripada eksalator yang mungkin berlaku kepada diri sendiri, ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan. Jangan lupa untuk bantu kami kongsikan panduan penggunaan eskalator dengan cara selamat kepada yang lain dengan klik pada simbol g+1 atau di mana-mana laman sosial milik anda. Selamat beramal dan jadilah warga yang prihatin dengan mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan.  

0 Response to "Tips keselamatan Elak Kemalangan Eskalator Atau Tangga Bergerak"

Post a Comment