Di Kuala Terengganu, serba serbi barang harga mahal. Begitulah jawapan pertama yang diberikan kebanyakan orang apabila ditanya mengenai kos sara hidup di Terengganu.
Penyu Menangis |
“Jika tanya di Terengganu mende yang mahal?" Jawapannya serba serbi mahal. Paling ketara adalah barangan keperluan harian dan makanan.
" Perkhidmatan dok soh kata lah, macam dulu saya nak gi kerja di pasar payang, sewa teksi saja pergi dan balik dari rumah saya Gong Tok Nasek ke tempat kerja kena caj habis kurang pun RM15. Padan habis situ je lah duit gaji saya yang sepatutnya digunakan untuk anak-anak saya. Syukur Alhamdulillah, sekarang saya ada dah kenaikan sendiri untuk ke tempat kerja. Dapatlah memberi lebih ke anak-anak dan keluarga," katanya.
Seorang lagi penduduk, pasangan yang baru mendirikan rumahtangga, berkata, kini beliau terpaksa membelanjakan lebih kurang dalam RM300 setiap bulan bagi perbelanjaan barangan dapur sahaja.
" Tiap-tiap bulan belanja barang dapur saja paling kurang habis RM300. Ni saya tidak mempunyai anak lagi kerana baru melangsungkan perkahwinan. Saya dok dapat bayang bagaimana mereka yang sudah mempunyai anak dan bergaji kecil terpaksa berdepan dengan situasi macamni. Allahuakbar ".
Dibawah merupakah perkongsian tentang satu lagi luahan rasa yang diambil dari laman sosial facebook bertajuk "Kisah Benar Mengenai Terengganu, Negeri Serba Mahal Bejadah".
Di Kuala Kuala Terengganu harga ayam adalah RM7.50 sekilogram, berbanding RM7.00 di Kuala Lumpur dan RM6.50 di Klang. Begitu juga harga ikan, tIidak dapat dinafikan Terengganu terkenal dengan golongan nelayan, namun harga ikan yang dijual adalah antara yang paling mahal.
Harga ikan kembung di Kuala Terengganu ( Pasar Chabang Tiga) adalah antara RM10.00 hingga RM15.00 sekilogram dan bergantung kepada kualiti ikan yang hendak dibeli. Yang peliknya, semua sedia maklum bahawa Terengganu mempunyai pelabuhan perikanannya sendiri yang terletak di Chendering tetapi harga ikan lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur yang tiada pelabuhan ikan. Pelik Bin Ajaib Sungguh.
Dengar kata asal usul harga barang mahal ini disebabkan kedatangan pelancong dan luar dulu yang tidak suka tawar menawar dengan peniaga. Perangai peniaga Terengganu bila tengok "orang luar" terus "main" harga selalu. Yang lain boleh tahan lagi tapi kalau harga ikan pun dah mcam harga barang mewah. RM8 hingga 10 harga ikan selayang kecik sedangkan di Kuala Lumpur hanya RM5 jika ikan tersebut bersaiz kecik. Ikan Kembung pula di Terengganu RM16 manakala di di KuaLa Lumpur cuma sekitar RM10-12. Ikan aya kat Kuala Lumpur kalau bukan musim perayaan hanyalah RM6 bagi aya putih dan RM8 bagi aya hitam tapi di Terengganu, harga ikan aya mahal sepanjang musim dan yang paling murah adalah RM10 bagi aya putih dan mencecah sehingga RM12 kalau musim perayaan tiba.
Memang amat menyakit hati kalau beli ikan di pasar pasar basah di Ganu kerana harganya yang mahal sehingga mencekik darah walaupun pasar besar payang terletak di tepi laut dan pelabuhan Chendering turut terletak ditepi laut namun harga ikan tetap mahal macang bedil. Kalau sesiapa berhajat ingin makan makanan laut seperti sotong dan udang, anda kena sediakan duit lebih atau telan sahaja liur kerana sekilogram sotong adalah dari RM28-30 dan harga sekilogram udang adalah RM30. Ketam? Ianya barangan mewah sama seperti Jepun Nung.
Sumber : SH dan Fb
Lagu Penyu Menangis Sudirman
Sumber : SH dan Fb
Lagu Penyu Menangis Sudirman
Lirik Penyu Menangis Sudirman
Anak muda berlagu sayang
Di batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu
Penyu menangis siapalah tahu
Sesak nafasnya sesak
Sebak dadanya sebak
Bengkak jantungnya bengkak-Tak tahu adik tak tahu
Retak hatinya retak-Tak tahu adik tak tahu
Lenyap ditelan derauan ombak
Telur penawar hatinya lebur
Tumpah airmatanya melimpah ruah
Agar terhibur adik terhibur
Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu
Penyu menangis siapalah tahu
Kelabu matanya kelabu
Sendu tangisnya sendu
Sayu jiwanya sayu
Layu langkahnya layu
Sesak nafasnya sesak
Sebak dadanya sebak
Bengkak jantungnya bengkak
Retak hatinya retak
Kelabu matanya kelabu
Sendu tangisnya sendu
( Tak Tahu Adik Tak Tahu- Tak Tahu Abang Pun Tak Tahu)
0 Response to "Luahan Rakyat Terengganu Barang Sining Mahal Bejadoh"
Post a Comment