Cuti Putus Cinta Di Jepun Diperkenalkan Kepada Para Pekerja Wanita. Sebuah syarikat yang mempunyai beribu pejabat dan kakitangan di Jepun telah melancarkan satu cuti baharu bagi pekerja perempuan mereka yang berhadapan dengan situasi putus cinta.
Cuti Putus Cinta |
Cuti Putus Cinta Diperkenalkan Di Jepun
Hime and Company yang kini beroperasi di Jepun telah melaksanakan dasar Cuti Putus Cinta bagi membolehkan para pekerjanya menghilangkan rasa sedih dan mewujudkan kembali perasaan tenang di hati mereka. Pekerja yang berumur 24 tahun dan kebawah boleh mengambil cuti selama sehari atau dua hari manakala 25 tahun dan keatas dibenarkan untuk bercuti selama tiga hari. Langkah ini diambil kerana wanita yang berumur lingkungan 20an dikhabarkan mampu mencari pengganti dengan cepat berbanding mereka yang lebih berusia.
Cuti Putus Cinta Maklum Balas Orang Malaysia
Dibawah merupakan beberapa maklum balas yang diberikan oleh warganegara Malaysia apabila mendapat tahu sebuah syarikat di Jepun melaksanakan cuti putus yang diambil dari facebook.
- Kalau macam tu, setahun la aku cuti.
- Kalau camtu memang tak dapat merasa lah aku cuti clash cinta ni. Awek sorang pun tarak.
- Kalau mcm ni hari-hari lah aku cuti, sebab masih tak boleh move on even dah nak setahun. Lol
- Japan datang lagi dengan kegilaan. Mungkin ada sesuatu yang mereka tahu yang kita tidak tahu
- Best nya kalau Malaysia ada cuti macam ini
- Jadi sesiapa yang selalu kena tinggal boleh la cuti setahun terus.
Silakan tambah diruangan komen dibawah, jika mahu tambah komen-komen yang telah diberikan diatas. Sekian.
0 Response to "Cuti Putus Cinta Di Jepun Diperkenalkan Kepada Pekerja"
Post a Comment