Khasiat Kayu Kemuning Hitam Atau Penawar Hitam

Khasiat Kayu Kemuning Hitam Atau Penawar Hitam. Tahukah anda bahawa kayu teras kemuning hitam atau turut dikenali sebagai penawar hitam mempunyai nilai perubatan yang tinggi dalam masyarakat Melayu? Bagi yang belum mengetahui, ikuti perkongsian tentang kelebihan kayu kemuning hitam dibawah :

Teras Kemuning Hitam
Kemuning Hitam



Pokok Kemuning Hitam-Manfaat dan Kelebihan

Dalam bidang perubatan orang Melayu, penawar hitam atau teras kemuning hitam dianggap mempunyai nilai perubatannya yang tersendiri. Antara khasiatnya adalah mampu merawat gigitan binatang dan serangga berbisa. Cara untuk menghilangkan bisa gigitan serangga atau binatang menggunakan penawar hitam adalah dengan menampal teras tersebut terus pada tempat yang terkena gigitan serangga berbisa.

Selain itu, ianya mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Teras kemuning atau penawar hitam dapat digunakan dengan cara mengasah teras tersebut pada pasu bunga yang diperbuat dari tanah liat, kemudian disapukan airnya pada tempat yang terdapat luka. Penawar hitam juga terbukti dalam menyembuhkan masalah sakit perut misalnya cirit birit dan senak.

Kelebihan Teras Kemuning Hitam

1. Penerang dan penenang hati
2. Penyembuh luka
3. Penolak ilmi hitam atau sihir
4. Penawar gigitan serangga dan binatang bisa
5. Penawar racun atau mabuk
6. Penawar Penyakit seperti demam panas, buasir, busung, batuk, cacing, sakit dalam mulut, mata kabur, kembung perut, kudis, kencing manis, luka dan susah buang air.

Cara Guna Penawar Hitam

Kaedah  menggunakan teras penawar hitam adalah dengan merendamnya ke dalam air atau diasah selama selama lebih kurang sepuluh minit atau lebih. Kemudian minum airnya. Walau bagaimanapun perlu dingat bahawa ini adalah salah satu iktiar kita untuk menyembuhkan penyakit yang sedang dihadapi, sembuh atau tidak adalah kehendak dan izin dari NYA. 

0 Response to "Khasiat Kayu Kemuning Hitam Atau Penawar Hitam"

Post a Comment