Aku Hampir Mati Di Pukul Kerana Wang Ringgit. Akibat didakwa mencuri wang syarikat, seorang pekerja lelaki yang dipercayai warga Indonesia hampir mati apabila dipukul tanpa belas mengunakan seutas paip getah.
Akibat Sekeping Kertas Bernama Wang Manusia Jadi Gila
Melalui rakaman yang disebarkan melalui media sosial, mangsa dilihat berulang kali merayu agar beliau tidak lagi dipukul.
“Aduh sakitnya tangan aku, mati aku bang… aku minta tolong jangan pukul lagi.Saya sumpah bukan saya yang lakukan” katanya sambil menahan kesakitan.
Akan tetapi, sedikit rasa belas yang dipinta mangsa tidak diendahkan oleh lelaki yang dipercayai berketurunan Cina tersebut.
“Cakap, kamu sudah curi duit syarikat” ujar lelaki itu sebelum menendang muka dan bahagian tulang rusuk pekerja yang tidak berdaya itu. Walau bagaimana pun, lokasi kejadian dan masa yang sebenar berlaku tidak dapat dipastikan.
Majoriti pengguna media sosial yang memberi maklumbalas menyifatkan tindakan yang dikenakan kepada mangsa sebagai kejam kerana tidak berperikemanusian serta menggesa agar pihak polis segera mengambil tindakan.
Video Pekerja Indonesia Di Pukul Di Malaysia
0 Response to "Aku Hampir Mati Di Pukul Kerana Wang Ringgit"
Post a Comment