Pekerja Bangladesh Gaji RM3500 Tanpa Sebarang Kelayakan Dan Skill. Kecoh di laman-laman sosial apabila satu surat tawaran yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat di Malaysia menawarkan gaji kepada pekerja bangladesh sebanyak RM3500 dan dikhabarkan tanpa sebarang kemahiran dan kelayakan. Ikuti maklum balas yang diberikan oleh penduduk tempatan selepas ianya di muat naik ke laman facebook :
Gaji Pekerja Bangladesh Di Malaysia |
Pekerja Bangla Gaji RM3500 Tidak Termasuk Elaun OT
Berikut merupakan sebahagian komen-komen yang diambil daripada fb setelah mendapat tahu pekerja bangla mendapat bayaran gaji yang lumayan berbanding rakyat Malaysia :
1. Aku lapan tahun jadi technician (bukan pembantu) kerja dalam petronas untuk dua tahun. Tapi, gaji baru rm2800. Inikan bangla yang tiada sijil dan tiada skill langsung dapat kerja gaji RM3500 terus. Rasa bangkai betul Ada Ijazah pun perlu kerja bertahun tahun baru dapat gaji mcm ni . Lepas tu, siap kena cukai pendapatan lagi
2. Kerajaan patut buat sesuatu, mungkin majikan utamakan orang luar sebab mereka tak selalu balik cuti dan tak banyak keistimewaan. Mereka juga tiada epf, cuti tahunan dan sebagainya. Jangan kecam saya, hanya pendapat.
3. Sebab kerajaan tidak tegas dengan majikan-majikan yang ada kat malaysia ni lah rakyat salah kan kerajaan, mana tidak nya, bila kerajaan bagi duit sikit semua dah tutup mulut dan buat tak tahu.
4. Budaya duit kopi diamal di Malaysia secara terbuka.Ini memang satu kelemahan pentabiran.Ramai tak perlu berusaha dan dapat macam- macam kontrak,kemudahan,kedudukan istimewa dan wang berbilion bilion.
5. Utamakan orang dalam negara sebelum cari orang luar. Lihat contoh dalam komuniti kecil dalam rumah, kita utamakan keluarga sebelum jemput org lain masuk buat kerja dekat rumah kita. Negara banyak keluarkan pekerja bertauliah dan berkemahiran.. Misalnya MARA, Akademi Binaan Malaysia, Vokasional dan sebagainya.Buat kajian, di mana mereka sekarang dengan kemahiran dan kelayakan yang ada. Kenapa kerajaan tak buat inisiatif, buat perjanjian dengan syarikat-syarikat untuk ambil tenaga mahir ni isi dari jawatan rendah hingga tertinggi.Habis je belajar terus serap dalam sektor masing-masing.
6. Memang dengki dan sakit hati. Negara kita ramai yang ada kemahiran dan kelayakan.Sekarang syarikat nak tak bagi gaji pekerja tempatan dengan harga yang di minta.Lihat lepasan Mara, Akademi binaan Malaysia, Vokasional.Di mana mereka sekarang? Saya salah seorang lepasan kemahiran ke hulu kehilir cari dan hantar resume, turun naik bangunan. Namun, jawapan yang diberi hampa.Kalau saya seorang macam tu, tak tau apa nasib lepasan kemahiran yang lain. Kenapa tiada syarikat ambil inisiatif ambil pekerja kemahiran dari pusat-pusat latihan yang dah tamat. Serap pekerja tersebut dalam sektor masing-masing.Tak perlu buang duit bagi latihan sebab dah terdedah masa belajar.
7. Sapa suruh bapak lu undi Barisan Nasional hari tu.
Nak tambah komen? Luahan perasaan dan luahan rasa? Kongsi pendapat ? Sila tambah diruang yang telah disediakan dibawah. Harap maklum dan terima kasih.
0 Response to "Pekerja Bangladesh Gaji RM3500 Tanpa Sebarang Kelayakan"
Post a Comment