Mentadak Mentadu Macam Mana Saya Tidur. Pasti ramai diantara kita sewaktu usia masih kanak-kanak bermain dengan mentadak mentadu dan menyoal soalan yang sama bukan? Namun, tahukah anda bahawa mentadak mentadu salah satu yang mampu menyelamatkan tanaman anda daripada makhluk perosak? Ikuti sedikit perkongsian tentang mentadak mentadu dibawah :
Mentadak Mentadu |
Mentadak Mentadu Haiwan Yang Baik
Petang tadi semasa aku siram pokok bunga, aku terjumpa mentadak mentadu ataupun praying mantis dalam bahasa Inggeris. Besar jugak mentadak yang aku lihat tersebut. Aku pun pun tanpa menunggu lama terus 'pancutkan dengan air yang berkelajuan agak tinggi ke arah mentadak itu. Nah, rasakan!
Kelebihan dan Kebaikan Mentadak Mentadu
Tiba-tiba timbul pula rasa terhadap si mentadak. Penat dia menyorok dan mengelak. Dan, aku terfikir satu soalan tentang apa yang dibuat oleh mentadak pada pokok yang aku tanam?
Maka tadi aku pun bertanya kepada seorang pensyarah serta membuat rujukan di internet. Rupa-rupanya mentadak mentadu ni rakan kita. Baik sifat binatang ni. Mentadak akan bunuh serangga-serangga lain yang kebanyakannya merosakkan pokok-pokok. Misalnya serangga yang dia makan, adalah belalang.
Jesteru, lain kali kalau anda ternampak mentadak mentadu di kebun anda, biarkan dia. Dia dapat melindungi tanaman kita daripada haiwan perosak yang lain.
Bagaimana Mentadak Mentadu Mengawan
Tahukah anda bahawa apabila mentadak mentadu siap mengawan, mentadak betina akan membunuh pasangannya untuk dijadikan sebagai makanan. Perkara ini dilakukan agar mentadak betina mempunyai sumber protein yang mencukupi dalam mengasilkan telur yang sihat.
Semoga perkongsian tentang mentadak mentadu ini dapat memberi anda sedikit maklumat dan manfaat. Jangan lupa untuk kongsikan kepada yang lain. Terima kasih.
0 Response to "Mentadak Mentadu Macam Mana Saya Tidur"
Post a Comment