Cara Suburkan Pokok Tin Yang Hampir Mati. Anda penanam pokok tin dan mengalami masalah seperti pokok tin anda tidak sihat dan hampir mati ? Bagaimana nak pulihkan pokok tin agar kembali subur? Ikuti perkongsian tentang petua suburkan pokok tin dengan mudah dan senang dibawah.
Petua Pokok Tin |
Cara Pulihkan Pokok Tin Yang Berpenyakit
Aku ada sebatang pokok tin yang tidak sihat dan hampir mati. Keadaannya boleh digambarkan daun semua sudah gugur, batang kurus kering,bila bongkar akar tak ada nematode namun tak ada akar yang sihat.
Ketika itu pokok tin aku letak dalam pasu besar. Aku tukar tanah dan semai dengan baja-baja foliar. Pokok tin aku masih juga tidur berbulan-bulan lamanya dan menjadi makin kurus.
Tips Suburkan Pokok Tin Yang Nak Mati
Lepas tu, aku terjumpa satu kaedah yang dikongsikan oleh seseorang, beliau cakap pokok tin akan subur apabila menggunakan kompos semulajadi seratus peratus. Terus aku cuba letakkan pokok tin yang aku tanam selama ini dan hampir mati tersebut.
Keputusannya, alangkah tak disangka, makin subur pokok ni. Syukur. Kepada mana-mana penanam pokok tin tu, bolehlah cuba kaedah ini jika pokok tin yang anda tanam berpenyakit atau dah nak mati. Selamat mencuba.
0 Response to "Cara Suburkan Pokok Tin Yang Hampir Mati"
Post a Comment