Luahan Ikhlas Dari Hati Pelajar Universiti Pointer 2.0. Luahan hati seorang pelajar dari sebuah pelajar universiti yang terletak di sebelah pantai timur negara. Pasti mampu untuk membuatkan anda terkenang zaman belajar bersama kawan-kawan semasa di pengajian tinggi.
Pelajar Dapat CGPA Rendah |
Pelajar CGPA 2.0 Lebih Mudah Dapat Kerja dan Lebih Stabil
Bukan aku hendak cakap apela, aku pon Dekan jugak namun aku merahsiakanya. Biar aku nampak seperti bodoh serta macam memiliki pointer 2.0 yang penting ibu bapa aku tengok selimpang kuning masa aku konvo. Aku suka memerhati dan aku tau rakan kelas aku yang dapat Dekan, perangai mereka tak ubah seperti sudah berjaya dunia akhirat. Memandang orang atas bawah. Yang tak dekan tapi acah-acah dekan ni kita buang ke tepi. Tapi aku nak cerita, bagi aku kawan-kawan yang keputusan cukup-cukup makan inilah truly friend . Mereka yang dapat Pointer 2.0 ni lah yang sanggup berkongsi tugasan untuk di plagiat oleh rakan-rakan yang lain. Mereka juga yang sanggup menanggung risiko untuk tolong tanda tangan attenden kelas untuk bekap kawan tak datang even tak whatsapps pon suruh tandakan. Mereka yang pointer bawah 3.00 ni lah yang selalu update dalam group mengingatkatn tarikh-tarikh penting assignments, kuiz, test dan sewaktu dengannya. Budak-budak bermasalah ni lah selalu menjadi penyeri kelas dikala kelas menjadi senyap dipenuhi budak 3.5 tiba-tiba kelas jadi riuh and happening .Jangan seperti 3.5 payah sungguh nak mintak tolong, hanya tahu pergi kelas balik kelas, makan bungkus bawak balik makan sorang-sorang ( taksemua )
Sekarang aku dah grade, dan mereka yang 2.0 ni lah kewangan mereka dah stabil. Yang keputusan 3.5 ni masih tercari-cari kerja. Yela rezeki tak sama ditangan Tuhan . Tapi jangan lupa kawan, rezeki kita mudah jika kita permudahkan urusan orang lain. Terima kasih banyak kepada yang membantu suatu ketika dahulu.
0 Response to "Luahan Ikhlas Dari Hati Pelajar Universiti Pointer 2.0"
Post a Comment