Resepi Cuka Cider Nenas Yang Mudah

Resepi Cuka Cider Nenas Yang Mudah. Apakah resipi dan cara untuk membuat cuka cider nenas? Ikuti panduan untuk membuat cider nanas yang telah disediakan dibawah.

Resepi dan Cara Buat Cider Nanas
Cider Nanas


Cara Mudah Membuat Cuka Cider Nanas

Bahan-bahan untuk menyediakan cuka cider nanas adalah seperti berikut :
  1. Satu kilogram kulit nenas
  2. Tiga ratus gram Gula merah
  3. Yeast 2 tsp
  4. Aluminium pot
  5. Botol 
  6. Kain kasa, getah bulat

Cara Buat Cider Nenas Dengan Mudah

1. Hiris halus kulit nenas
2. Masukkan air untuk menutupi kulit nenas.
3. Didih kulit nenas tadi dan masukkan gula merah. Rasa manisnya. Kalau tidak manis masukkan gula lg. Terus didih lagi. Angkat dan sejukkan
4. Botol direbus terlebih dahulu. Keluarkan dan buangkan air.
5. Bila dah sejuk, tuang rebusan kulit nenas ke dlm botol dan masukksn 2 tsp yeast tadi, tutup dgn kain dan ikat dgn getah. 
6. Letak dalam rumah ditempat tidak kena cahaya matahari selama lebih kurang 3-4 minggu. Kalau ada buih buka, setiap 2-3 hari dan buang. 
7. Selepas cukup 3 - minggu , tapis dan simpan dalam botol dalam peti ais.

Khasiat Cider Nenas Kepada Kesihatan

1. Untuk kesihatan jantung.
2. Membantu buang toxin dlm badan.
3. Awet muda.
4. Bagus untuk orang yg kekurangan kalsium.
5. Untuk pengidap athritis dan gout.
6. Boleh membantu meluruhkan batu dlm kidney dan gall bladder 
7. Boleh Membantu menjaga berat badan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda. Jangan lupa kongsikan kepada orang lain juga. Terima kasih.

0 Response to "Resepi Cuka Cider Nenas Yang Mudah"

Post a Comment