Lelaki Lebih Sihat Apabila Bersama Perempuan Cantik

Lelaki Lebih Sihat Apabila Bersama Perempuan Cantik. Para jejaka diluar sana, terdapat berita baik untuk memastikan kesihatan anda terus terpelihara. Bagaimana ? Mudah saja, rajinkanlah diri berdampingan dengan wanita cantik.

Wanita Cantik Buatkan Lelaki Lebih Sihat
Lelaki Lebih Bahagia Apabila Bersama Perempuan Cantik


Lelaki Lebih Sihat Bersama Perempuan Yang Lawa

Berdasarkan kajian University of California mendapati kehadiran wanita cantik mampu meningkatkan hormon testosteron dan kortisol yang terdapat pada seseorang lelaki.

Hormon testosteron berfungsi bagi pembangkit ghairah selain meningkatkan tahap kesihatan dan memberi tenaga kepada tubuh badan seseorang lelaki. Hormon ini berada pada tahap tertinggi ketika lelaki tersebut berusia dua puluh tahun serta akan berkurang seiring pertambahan usia dan tempoh hubungan.

Manakala Kortisol pula berfungsi untuk menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Kalau tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat, tubuh badan pun akan terasa lebih sihat.

Dr. James Roney telah membuat kajian yang melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 dan 24 tahun yang dipertemukan dengan wanita cantik serta mampu mencairkan hati setiap pemuda.

Sejurus selepas itu, air liur responden diambil dan diuji untuk mengetahui tahap hormon testosteron serta kortisolnya.

Di sinilah terdapat fakta menarik ditemui. Cuma dalam masa 5 minit berbual dengan perempuan cantik, kadar testosteron mereka meningkat hingga 14 peratus manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48 peratus.

Namun berbeza pula apabila responden yang sama bertemu dengan kawan lelaki mereka. Kadar testosteron dan kortisolnya malah menurun sehingga tujuh peratus.

Penjelasan mudahnya, ketika lelaki bertemu wanita cantik dan memikat, otaknya akan menghantar mesej kepada kelenjar pituitari bagi mengeluarkan kedua-dua hormon tersebut. Ketika hormon tersebut tersebar ke dalam badan, sistem metabolisme akan menjadi lancar dan tubuh pun akan terasa lebih segar.

0 Response to "Lelaki Lebih Sihat Apabila Bersama Perempuan Cantik"

Post a Comment