Bagaimana cara untuk membuat permohonan Praktikal di Bank Rakyat. Permohonan Latihan Industri di Bank Rakyat boleh dibuat melalui tatacara berikut :
Praktikal Di Bank Rakyat |
Panduan Cara Membuat Permohonan Internship di Bank Rakyat
Untuk makluman, sesiapa yang berminat untuk membuat permohonan Latihan Industri di Bank Rakyat perlu di dilengkapi dengan dokumen-dokumen seperti berikut :
1. Dokumen pengenalan diri beserta gambar berukuran passport terkini
2. Surat Sokongan Daripada Institut Pengajian Tinggi
Setiap permohonan, hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah atau cawangan Bank Rakyat berhampiran :
Jabatan Pengurusan Bakat, Pelan Penggantian & Pembangunan Kerjaya
Tingkat 22, Menara 1,
Menara Kembar Bank Rakyat,
No 33 Jalan Travers,
50470 Kuala Lumpur
Ataupun, majukan emeil anda ke telerakyat@bankrakyat.com.my
Syarat dan Kelayakan Memohon Latihan Praktikal di Bank Rakyat
Setiap pemohon yang ingin menjalani latihan industri di Bank Rakyat hendaklah memenuhi syarat dan kelayakan seperti dibawah :
• CGPA adalah 3.5 dan ke atas bagi diploma dan 3.0 dan ke atas bagi Ijazah.
• Tempoh minima Latihan Industri adalah 2 bulan dan ke atas
Diharap perkongsian tentang Cara Membuat Permohonan Latihan Praktikal Di Bank Rakyat Berhad dapat membantu anda, jika anda merasakan ianya mampu membantu dan berguna kepada mereka yang lain, bantu kami sebarkan dengan klik pada simbol g+1 atau lain lain simbol untuk sebarkannya di laman-laman sosial milik anda.Sekian, harap maklum.
assalamualaikum..saya ingin bertanya bagaimana cara membuat permohonan menjalani latihan praktikal di cawangan bank rakyat mengikut negeri?
ReplyDeletenyatakan je cawangan mana awak minta.
ReplyDeleteassalamualaikum. adakah syarat pointer 3.5 sahaja diterima bg dip? kalau hampir 3.5 tak dpt ke?
ReplyDeleteSalam..mcm mana nak tahu keputusan kita berjaya atau tidak?
ReplyDeleteUntuk major human resource ade ke?
ReplyDelete