Resipi Ikan Bilis Tempe Goreng Yang Mudah dan Sedap. Resipi dan cara masak ikan bilis tempe goreng yang mudah dan sedap sehingga menjilat jari.
Resipi Ikan Bilis Tempe Goreng |
Resipi Mudah dan Lazat Ikan Bilis Dengan Tempe Goreng
Resipi dibawah merupakan resipi masakan ikan bilis dengan tempe goreng untuk makan dalam anggaran empat orang. Ikuti langkah-langkah untuk menyediakan ikan bilis dan tempe goreng seperti dibawah :
Bahan-Bahan Untuk Masak Ikan Bilis Dengan Tempe Goreng
- Satu keping besar tempe (dipotong nipis)
- 250 gram ikan bilis halus
- Empat sudu besar cili kisar
- Dua sudu besar sos cili
- Gula dan garam secukup rasa
- Dua ulas bawang putih yang sudah dikisar
- Dua ulas bawang merah yang sudah dikisar
Cara Masak Ikan Bilis Tempe Goreng
1. Goreng tempe dan ikan bilis sehingga garing ( pastikan menggunakan kuali secara berasingan )
2. Panaskan empat sudu besar minyak masak
3. Tumiskan bawang yang telah dikisar tadi sehingga warna kekuningan serta naik bau.
4. Tambah cili kisar dan sos cili serta gula. Tumisnya sehingga pecah minyak.
5. Kemudian, masukkan bahan utama iaitu ikan bilis dan tempe, kacau sehingga rata.
6. Tambah sedikit garam ikut anggaran ataupun rasa.
Diingatkan bahawa ikan bilis sudah mempunyai rasa masinya secara semulajadi, jadi sila berhati-hati ketika menambah garam semasa menyediakan masakan.
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda sedikit sebanyak, jika anda merasakan resipi ikan bilis dengan tempe goreng yang lazat dan mudah diatas turut berguna kepada mereka yang lain. Bantu kami sebarkanya dengan klik pada simbol g+1 dibawah. Kerjasama anda amatlah kami hargai. Selamat mencuba.
0 Response to "Resipi Ikan Bilis Tempe Goreng Yang Mudah dan Sedap"
Post a Comment