Panduan Cara Rawat Demam Denggi Dengan Menggunakan Daun Betik. Bagaimana untuk mengubati pesakit demam denggi menggunakan daun betik. Ikuti kaedah membuat jus betik bagi merawat denggi yang disediakan dibawah :
Denggi Dan Daun Betik |
Daun Betik Ubat Demam Denggi
Banyak orang mengetahui bahawa buah betik merupakan sejenis buah yang kaya dengan vitamin A dan C. Tetapi, ramai yang masih tidak mengetahui bahawa daun betik boleh digunakan dalam merawat demam denggi.
Satu kumpulan penyelidik dari IMR Institut Penyelidikan Perubatan yang dikepalai oleh Dr. Soobitha Subenthran telah menemui bahawa jus daun betik mampu mempertingkatkan lagi bilangan sel platlet darah di dalam tubuh seseorang yang terkena demam denggi.
Kumpulan tersebut telah bekerjasama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk melakukan kajian klinikal ke atas 228 pesakit demam denggi dan demam denggi berdarah.
Separuh dari pesakit yang dijangkiti demam denggi tersebut telah diberikan lima puluh gram jus daun betik selama 3 hari berturut-turut.
Dalam tempoh masa tersebut, bacaan bilangan sel platlet darah pesakit-pesakit turut telah diambil selama 2 hari.
Hasilnya pesakit yang diberi jus daun betik mempunyai kadar bilangan sel platlet yang lebih tinggi berbanding pesakit demam denggi yang tidak mengambilnya.
Penemuan ini amat penting kerana kaedah rawatan demam denggi yang diamalkan kini adalah hanya dengan mengunapakai kaedah pemindahan cecair atau darah.
Menurut kumpulan penyelidik tersebut di dalam artikel kajian yang berjudul Carica papaya Leaves Juice Significantly Accelerates the Rate of Increase in Platelet Count among Patients with Dengue Fever and Dengue Haemorrhagic Fever terbitan jurnal Evidence Based Complementary and Alternative Medicine.
Penemuan ini mungkin akan memainkan peranan yang penting di dalam pengurusan demam denggi pada masa akan datang.
Khasiat Daun Betik |
Cara Buat Jus Betik Untuk Ubatkan Demam Denggi
Bantu kami sebarkan maklumat tentang khasiat betik terhadap pesakit demam denggi diatas kepada mereka yang memerlukan dengan klik pada simbol g+1 atau sebarkannya pada mana-mana laman sosial milik anda. Sekian, selamat mencuba dan semoga cepat sembuh.
0 Response to "Cara Rawat Demam Denggi Dengan Daun Betik"
Post a Comment