Khasiat Kebaikan dan Manfaat Makan Sayur Taugeh. Taugeh mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Antaranya ialah mampu meningkatkan tenaga batin lelaki dan perempuan, menghalang kerapuhan tulang dan membuang kotoran dalam usus badan manusia.
Khasiat Makan Taugeh Kepada Tubuh Badan Manusia
Seperti yang sedia maklum, taugeh adalah tergolong dalam kumpulan sayur-sayuran. Pelbagai khasiat akan dapat diperolehi bagi sesiapa yang mengamal memakan taugeh seperti :
Taugeh Tingkatkan Kesuburan Lelaki dan Wanita.
Untuk pengetahuan, lelaki yang makan taugeh akan dapat menghasilkan sperma yang lebih baik manakala untuk kaum wanita pula, taugeh dapat membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Taugeh Mencegah Kerapuhan Tulang
Selain mampu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita, taugeh turut mampu mencegah tulang kita daripada kerapuhan (osteoporosis) kerana taugeh merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai estrogen semulajadi dan berfungsi sama dengan estrogen sintesis bagi meningkatkan kepadatan dan mencegah kerapuhan tulang .
Taugeh Membuang Kotoran Dalam Usus Besar
Ketiga, taugeh mengandungi serat yang tinggi dan air. Jesteru secara tidak langsung taugeh turut bertindak membantu menyingkirkan segala kotoran yang terdapat dalam usus besar kita. Ini akan dapat membantu tubuh kita lebih sihat melalui penyingkiran sel-sel yang tidak berguna yang terdapat
di dalam tubuh badan kita.
Semoga perkongsian tentang Manfaat dan Kebaikan Makan Taugeh dapat memberi manfaat kepada anda. Jika anda merasa maklumat ini turut berguna kepada mereka yang lain, bantu kami dengan klik pada simbol g+1 dibawah atau kongsikan di laman-laman sosial milik anda. Kerjasama anda adalah sangat dihargai. Sekian.
0 Response to "Khasiat Taugeh"
Post a Comment