Reaksi Bayi Dalam Kandungan Bila Bapa Hisap Rokok

Reaksi Bayi Dalam Kandungan Bila Bapa Hisap Rokok. Bagaimana reaksi anak dalam kandungan jika ibu atau bapa mengamalkan tabiat merokok semasa mengandung ? Ikuti penemuan tentang reaksi janin dalam kandungan jika si ibu terdedah atau merokok semasa mengandung atau terdedah dengan asap rokok yang dihisap perokok yang dijumpai dibawah.


Kesan Terdedah Asap Rokok Kepada Anak dan Isteri
Reaksi Bayi Dalam Kandungan Seorang Perokok

Bahaya Asap Rokok Kepada Anak Dalam Kandungan

Orang perempuan memang berasa terganggu jika terdapat suami atau orang lain yang merokok di sebelah, rimas. Namun, fakta terbaru yang dijumpai dan mengejutkan menunjukkan anak dalam kandungan juga memberi reaksi yang sama dengan si ibu apabila terdedah kepada asap rokok. 

Diatas merupakan imbasan imej terhadap kandungan ibu yang merokok semasa hamil. Gambar tersebut, menunjukkan bayi dalam kandungan turut memberi reaksi dengan menutup mata dan mengerutkan wajah selain menyentuh wajah mereka untuk memberi gambaran ketidakselesaan yang dialaminya

Kesan yang sama juga mungkin turut dirasai oleh bayi dalam kandungan apabila ibu mereka menghidu asap rokok daripada si suami ataupun duduk berhampiran dengan perokok lain. Jesteru, kepada ibu bapa yang merokok, disarankan untuk berhenti merokok demi kesihatan janin dalam kandungan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Jika anda merasakan ianya turut berguna kepada orang lain, bantu kami sebarkan dengan klik pada simbol g+1 atau kongsikan ke mana-mana laman sosial milik anda. Sekian.

0 Response to "Reaksi Bayi Dalam Kandungan Bila Bapa Hisap Rokok"

Post a Comment