Sultan Johor Tidak Izinkan Perdana Menteri Mendarat Di Senai

Cerita sebenar Sultan Johor tidak izinkan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, mendarat di Lapangan Senai Johor. Baru-baru ini di laman sosial, heboh tentang Perdana Menteri Malaysia tidak dibenarkan landing di Airport Senai. Adakah ianya benar-benar berlaku? Ikuti hasil carian yang tidak seberapa dibawah.

Sultan Johor tidak bagi PM landing Di Johor
Sultan Johor dan Perdana Menteri Malaysia
Perdana Menteri Malaysia Tidak Dibenarkan Mendarat di Johor

Perdana Menteri telah berlepas ke negara Singapura pada hari Sabtu sebelah malam setelah merasmikan pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri di PICC, Putrajaya. (Di disiarkan secara langsung di TV1)

Pada malam tersebut Perdana Menteri mempunyai aturcara sendiri di Singapura sempena sambutan Hari Kebangsaan Singapura atas jemputan negara republik tersebut.

Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia, telah pergi ke perasmian mesyuarat UMNO bahagian Pasir Gudang pada pagi Ahad dengan menaiki kereta dari Singapura dan selepas majlis telah kembali ke Singapura untuk program rasmi di sana yg turut dihadiri pemimpin negara-negara ASEAN dan Sultan serta Tengku Mahkota Johor.

Turut dimaklumkan, hari ini Perdana Menteri akan berlepas dari Singapura ke Sarawak untuk program rasmi yang diadakan di Kuching Sarawak pada malam ni sempena sambutan bulan kemerdekaan.

Sultan Johor dan Najib Razak
Jesteru, dengan aturcara sedemikian yang terdapat di negara Singapura tersebut sepatutnya tidak timbul cerita bahawa Sultan Johor telah menghalang Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Senai Johor.Malah Sultan Johor dan Perdana Menteri turut sua muka dan bertegur mesra (rujuk gambar diatas) semasa negara republik tersebut.

Gambar (rujuk bawah) Perdana Menteri Malaysia dan Sultan Johor serta Pembesar-pembesar negara lain yang disiarkan di media massa Singapura.


** Di dunia pada hari ini, jangan percayakan sesiapa, percayalah pada diri sendiri.haha

sumber: facebook

0 Response to "Sultan Johor Tidak Izinkan Perdana Menteri Mendarat Di Senai"

Post a Comment