Karnival Kerjaya Dan Pekerjaan Kuala Lumpur Terbaru

Karnival Kerjaya Dan Pekerjaan Kuala Lumpur Terbaru. Adalah dimaklumkan bahawa JobsMalaysia Centre Kuala Lumpur  dan Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bawah Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan sesi temuduga terbuka pada :

Temuduga Terbuka Karnival Kerjaya Kuala Lumpur
Karnival Kerjaya KL


Temuduga Terbuka Jawatan Kosong Kuala Lumpur Terkini

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan acara yang akan dijalankan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : Sabtu, 5 Disember 2015
Lokasi : Quality Hotel, Jalan Raja Laut, 50750 Kuala Lumpur (Bersebelahan Bangunan LPPKN)
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang

Pelbagai syarikat dan majikan yang terlibat dan menawarkan lebih 3000 kekosongan jawatan yang perlu diisi. Selain itu, terdapat juga, program cabutan bertuah serta hadiah-hadiah menarik juga menanti anda. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian di nombor 03 2026 2058.

Kepada yang bercadang untuk menghadiri sesi open interview anjuran Jabatan Tenaga Kerja Kuala Lumpur dan JobsMalaysia Centre KL dinasihatkan agar membawa bersama dokumen pengenalan diri terkini, gambar berukuran passport terbaru, dokumen-dokumen berkaitan serta salinan dan juga berpakaian kemas bagi mempengaruhi semakan keputusan temuduga yang akan dikeluarkan kelak.

0 Response to "Karnival Kerjaya Dan Pekerjaan Kuala Lumpur Terbaru"

Post a Comment