Penyokong Terengganu Mohon Maaf Kerana Masuk Stadium Percuma

Penyokong Terengganu Membuat Permohonan Mohon Maaf Kerana Masuk Stadium Secara Percuma. Seorang penyokong skuad Peteh telah menghantar surat permohonan maaf akibat melalukan kesalahan memasuki stadium secara "free" sewaktu perlawanan Terengganu menentang Singapura ( Lion XII).

Permohonan Maaf Penyokong Terengganu Kepada Pengurusan Stadium
Surat Mohon Maaf Kepada Pihak Stadium Sultan Mizan Zaina Abidin

Mohon Maaf  Kerana Masuk Stadium Tanpa Tiket

Salah seorang penyokong bola sepak pasukan Terengganu yang menggunakan nama samaran, Hamba Allah, telah menghantar surat permohonan maaf kepada pihak pengurusan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kerana telah memasuki stadium secara tidak sah dengan cara memanjat stadium tersebut sebelum perlawanan antara Terengganu FA menentang Singapura  ( Lion XII) pada 4 November 2015.

Selain itu, beliau turut melahirkan kekesalan akibat tindakannya memasuki  stadium tanpa pas pelepasan kerana terpengaruh dengan rakan-rakan yang turut hadir bersama ke perlawanan tersebut dan takut akan mahkamah Allah SWT dihari kemudian serta berazam tidak akan mengulangi kesalahan terbabit di masa akan datang.

Permohonan maaf tersebut turut disertakan sebanyak Lima Belas ringgit Malaysia sebagai bayaran balik harga tiket pelepasan kepada pihak Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

0 Response to "Penyokong Terengganu Mohon Maaf Kerana Masuk Stadium Percuma"

Post a Comment