Sindiket Penipuan Pekerjaan Sumber Polis Diraja Malaysia

Penipuan Pekerjaan Sumber Polis Diraja Malaysia. Orang awam, para pencari kerja dan graduan  diingatkan supaya tidak menjadi mangsa kepada sendiket penipuan pekerjaan yang kian berleluasa di negara ini. Semua pembaca dinasihatkan agar berkongsi artikel ini di laman-laman sosial milik anda agar maklumat ini sampai ke pengetahuan semua. Mohon kerjasama.

Logo PDRM Polis Diraja Malaysia
Polis Diraja Malaysia

Penipuan Pekerjaan Elakkan Menjadi Mangsa 

Mempunyai pekerjaan sememangnya menjadi impian sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi apabila pekerjaan yang ditawarkan memberi pendapatan yang besar. Tetapi tanpa disedari, tawaran tersebut hanya menjadikan mereka sebagai umpan bagi sindiket pengubahan wang haram dalam mendapat keuntungan secara berlipat kali ganda.

Cara Penipuan Pekerjaan Beroperasi

Demi memastikan taktik penipuan mereka sukar dikesan, pihak sindiket kebiasaannya akan mempromosi atau mengiklankan tawaran kerja di dada akhbar dengan menyatakan kemudahan serta bayaran gaji yang lumayan untuk menarik minat orang ramai bagi menghubungi mereka. Taktik tersebut digunakan dalam menjerat mangsa agar berkerja dengan syarikat terbabit tanpa perlu pencari kerja melalui proses pengambilan yang betul dan rumit.

Cara Elak Menjadi Mangsa Penipuan Pekerjaan

Orang awam terutama para pencari kerja dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan janji manis yang diberikan oleh mana-mana syarikat dalam menawarkan pendapatan lumayan dan luar biasa. Sila dapatkan maklumat secara terperinci terlebih dahulu misalnya latar belakang syarikat sebelum menerima kerja yang ditawarkan.

Cara Hindari Jadi Mangsa Penipuan Pekerjaan
Tips Elak Penipuan Pekerjaan


Diharap perkongsian tentang penipuan pekerjaan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Jangan lupa bantu kami sebarkan maklumat ini kepada yang lain dengan klik pada simbol g+1 atau sebarkan di laman-laman sosial milik anda. Terima kasih diatas kerjasama yang diberikan. Harap maklum.

0 Response to "Sindiket Penipuan Pekerjaan Sumber Polis Diraja Malaysia"

Post a Comment