Harinder Pal Singh Diboikot Kerana Masuk Agama Islam

Harinder Pal Singh Diboikot Kerana Masuk Agama Islam.  Ingat anda akan Harinder Pal Singh, iaitu lelaki yang melafazkan syahadah ketika sesi ceramah Dr. Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 14 April 2016.

Harinder Pal Singh Di Boikot Kerana Peluk Agama Islam
Harinder Pal Singh
Lelaki Yang Masuk Islam Ketika Ceramah Zakir Naik Diboikot

Syukur, Harinder berketurunan Sikh kelahiran India, kini sudah menemukan hidayah menuju jalan Allah. Namun, harga menerima Islam sebagai pegangan hidup harus dibayar dengan pelbagai cabaran serta dugaan.

Harinder kehilangan pekerjaan sebagai penjawat swasta akibat kontraknya tidak diperbaharui. Lebih tragik, Harinder dihalau keluar rakan serumah kerana bimbang beliau akan mempengaruhi rakan-rakan lain dengan ajaran Islam.

"Saya perlukan pekerjaan," katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa terbitan TV Al Hijrah.

Harinder tidak mengharapkan simpati, namun pada saat ini beliau amat memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan serta mendalami Islam yang kini sudah menjadi jalan hidup di dunia dan akhiratnya.

"La Tahzan Innallaha Ma'ana. Jangan bersedih, sesungguhnya ALLAH bersama kita." [Quran 9:40]

0 Response to "Harinder Pal Singh Diboikot Kerana Masuk Agama Islam"

Post a Comment