Temui Ajal Akibat Guna Hanset Yang Sedang Dicas

Temui Ajal Akibat Guna Hanset Yang Sedang Dicas. Seorang ibu yang mempunyai 2 cahaya mata dipercayai mangsa pertama di negara ini yang menemui ajal  kerana terkena renjatan elektrik ketika bercakap menggunakan telefon bimbit yang tengah dicas dalam satu kejadian di Taman Desa Baiduri, Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas. Lebih tragis, Suhana Mohamad, telah menemui ajalnya pada hari lahirnya yang ke tiga puluh.

Mati Akibat Telefon Bimbit
Mati Kena Renjat Telefon Tengah Cas


Bahaya Main Handphone Yang Tengah Dicaj

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 11.30 malam tersebut, arwah dikatakan sedang bercakap menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas sebelum terkena renjatan.

Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji, Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang,  semasa dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Siasatan mendapati semasa berlaku kejadian, suami arwah yang juga merupakan anggota polis berpangkat Koperal sedang tidur, manakala arwah sedang bercakap menggunakan telefon yang tengah dicas.

0 Response to "Temui Ajal Akibat Guna Hanset Yang Sedang Dicas"

Post a Comment