Jawapan TNB Kenapa Bil Elektrik Meningkat 3 Kali Ganda. Berikut merupakan maklumbalas Tenaga Nasional Berhad tentang peningkatan kadar caj elektrik selepas dikecam hebat oleh pengguna.
Kenapa Bil Elektrik Naik Mendadak |
Maklum Balas TNB Berkaitan Caj Yang Lebih Tinggi Dikenakan
Pihak Tenaga Nasional Berhad merujuk kepada aduan pengguna di laman sosial tentang cas elektrik meningkat kebelakangan ini. Kebiasaannya cuaca panas terik dan kering yang berpanjangan mempengaruhi tabiat pengguna seperti penggunaan peralatan elektrik khususnya aircond atau pendingin hawa, yang secara relatifnya memerlukan lebih banyak elektrik berbanding peralatan elektrik yang lain.
Kenapa Bil Elektrik Rumah Meningkat Dengan Mendadak
Pengguna pendingin hawa lebih cenderung:
1. Menurunkan suhu pada tahap lebih rendah
2. Meningkatkan kelajuan kipas pendingin hawa
3. Menggunakan pendingin hawa untuk tempoh yang lebih lama
Kenapa Bil Api Rumah Anda Menjadi Tinggi dan Mahal
Bagi makluman, penggunaan elektrik turut boleh meningkat bagi peralatan lama yang tidak diselenggara dengan baik.
Kesemua faktor diatas akan meningkatkan penggunaan elektrik secara mendadak dan akan memberi kesan langsung kepada bil elektrik pengguna.
Pengguna yang mendapati bil elektriknya meningkat bukan disebabkan faktor-faktor di atas, disarankan agar menghubungi pejabat TNB yang berdekatan.
0 Response to "Jawapan TNB Kenapa Bil Elektrik Meningkat 3Kali Ganda"
Post a Comment