Istana Sahkan Sultan Lucut Semua Darjah Kebesaran MB Terengganu

Istana Sahkan Sultan Lucut Semua Darjah Kebesaran MB Terengganu. Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu,  melucut semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu.

Gambar Sultan Mizan
Sultan Mizan

Sah Sultan Mizan Tarik Semua Darjah Kebesaran MB Terengganu

Mengikut laporan Bernama, pelucutan tersebut telah berkuat kuasa pada 22 April, Jumaat yang lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu hari ini.

"Selepas berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu, adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah melucutkan semua Darjah-darjah Kebesaran Negeri Terengganu yang telah dikurniakan kepada Ahmad Razif bin Abd Rahman berkuat kuasa mulai hari Jumaat, 22 April 2016.

"Pengisytiharan yang dibuat ini tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di negeri Terengganu," petik kenyataan tersebut.

0 Response to "Istana Sahkan Sultan Lucut Semua Darjah Kebesaran MB Terengganu"

Post a Comment