Malaysia Akan Berhadapan Dengan Suhu Negara Padang Pasir

Malaysia Akan Berhadapan Dengan Suhu Negara Padang Pasir. Menurut laporan surat khabar Kosmo hari ini, suhu di negara kita, Malaysia, dilaporkan bakal mencapai suhu di negara-negara Arab ekoran ia diramal bakal mencecah sehingga 40 darjah Celsius dalam tempoh masa sepuluh tahun akan datang.

Malaysia Bakal Terima Suhu Padang Pasir
Malaysia Bakal Jadi Padang Pasir


Malaysia Bakal Jadi Negara Berkadar Suhu Padang Pasir

Profesor Madya Dr. Mohd. Fadhli Md. Din, Pengarah Kampus Lestari Universiti Teknologi Malaysia (UTM-CS),  fenomena tersebut berlaku disebabkan akibat kenaikan suhu di kawasan bandar dan luar bandar sebanyak 1.2 darjah Celsius setahun.

“Kadar suhu yang sangat tinggi itu bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada tubuh manusia yang hanya mampu bertahan dalam suhu maksimum 39.5 darjah Celsius tetapi akan mengakibatkan Malaysia berisiko mengalami musim kemarau yang panjang,” jelas Dr. Mohd. Fadhli

Sebelum itu, MetMalaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat beberapa kawasan akan mengalami peningkatan suhu serta kekurangan jumlah taburan hujan kerana fenomena El Nino yang dijangka berterusan sehingga Jun. Kadar suhu purata di Malaysia adalah antara 32 hingga 33 darjah Celsius.

0 Response to "Malaysia Akan Berhadapan Dengan Suhu Negara Padang Pasir"

Post a Comment