Pakai Kasut Ketika Memandu Kenderaan Atau Disaman RM150

Pakai Kasut Ketika Memandu Kenderaan Atau Disaman RM150. Memang terdapat undang-undang pakai selipar ketika memandu boleh dikena saman namun kadang-kala pihak berkuasa beri muka. Tapi bagi pemandu lori, lebih ketat.

Polis Saman Pemandu Kenderaan Pakai Selipar
Kena Saman Sebab Pakai Selipar


Pemandu Kenderaan Wajib Pakai Kasut Semasa Memandu Kenderaan

Semua pemandu kenderaan berat termasuk kenderaan perdagangan seperti trailer, lori, serta bas diwajibkan memakai kasut ketika memandu bagi tujuan keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

Akta Pakai Kasut Semasa Memandu Kenderaan

Deputi Superintenden Alexson Naga, Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, menyatakan, tindakan kompaun sehingga RM150 boleh dikenakan kepada pemandu yang gagal berbuat demikian dan waran tangkap akan dikeluarkan kalau gagal menjelaskan saman dalam tempoh ditetapkan.

Kes memandu tidak memakai kasut seperti ini boleh disiasat mengikut Seksyen 15(B) Kaedah Lalulintas Nombor LN 177/1959 yang tertakluk dalam Etika Berpakaian Kemas dan Bersih.

1 Response to "Pakai Kasut Ketika Memandu Kenderaan Atau Disaman RM150"

  1. Ada baiknya kalau admin close blog ni... sebab tak berapa cukup ilmu... dalam surat saman tu jeniskenderaan adalah Lori. Kalau lori mesti kene pakai kasut... kereta biasa boleh je kaki ayam... admin nak kejar publisiti tp berita tak betul... kasian viewer...

    ReplyDelete