Cara Membuat Permohonan Praktikal Di Felcra Berhad

Cara Membuat Permohonan Praktikal Di Felcra Berhad. Felcra Berhad membuka peluang kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang berminat untuk menjalani latihan industri bersama Felcra. Program latihan praktikal ini adalah terbuka kepada semua pelajar samaada peringkat Sijil, Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana.

Felcra Berhad Cara Mohon Latihan Industri
Praktikal Felcra Berhad


Cara Mohon Latihan Industri Bersama Felcra Berhad

Bidang latihan yang ditawarkan merangkumi bidang-bidang berikut:

a) Pengurusan/ Pembangunan Sumber Manusia
b) Perniagaan Antarabangsa
c) Pengurusan Rekod
d) Perakaunan/ Perbankan
e) Kejuruteraan Awam
f) Pengurusan Perladangan
g) Pentadbiran Perniagaan
h) Pentadbiran Awam
i) Psikologi/Kaunseling
j) Komunikasi dan Media
k) Sains Komputer
l) Undang-undang
m) Lain-lain bidang yang berkaitan.

Tempoh Latihan Pelajar Praktikal Di Felcra Berhad

Tempoh Latihan Industri adalah bergantung kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh universiti atau institusi tetapi tidak kurang daripada tempoh satu bulan dan tidak melebihi enam bulan.

Cara Mohon Internship Bersama Felcra Berhad

Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan Latihan Industri serta melampirkan bersama dokumen-dokumen berikut :

1. Borang Permohonan ( Boleh Di Muat Turun Melalui Link Dibawah )
2. Salinan Kad Pengenalan
3. Salinan Kad Matrik
4 Surat Pengesahan menjalani Latihan Industri daripada Universiti atau Institusi
5. Resume Terkini Berserta Gambar
6. Dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses
7. Jumlah elaun akan dinyatakan setelah permohonan anda diluluskan.




Sila baca tutorial yang disediakan untuk membolehkan anda memuat turun borang permohonan.

Klik Sini Untuk Download > Borang Permohonan Praktikal Felcra Berhad

Semua dokumen yang telah disebutkan diatas, hendaklah dihantar ke alamat :

Cawangan Pembangunan Sumber Manusia
Aras 4, Wisma Felcra, Lot 4780, Jalan Rejang,
Setapak Jaya, Peti Surat 12254
50772 Kuala Lumpur. 

0 Response to "Cara Membuat Permohonan Praktikal Di Felcra Berhad"

Post a Comment