Cara Panaskan Susu Ibu Beku EBM Dengan Betul

Cara Panaskan Susu Ibu Yang Telah Di Bekukan Atau Di Sejukkan. Bagaimana kaedah yang betul untuk memanaskan susu perahan  yang telah di sejukkan atau di bekukan dalam peti ais dengan betul ? Ikuti panduan yang dikongikan dibawah :

Teknik Panaskan Susu Badan Ibu Dengan Betul
Cara Panaskan Susu Badan


Cara Cairkan Perahan Susu Badan Dengan Betul

Haba yang panas melampau mampu memusnahkan enzim, antibodi serta kompenen-kompenen nutrien penting dalam susu ibu. Jesteru perahan susu ibu yang dibekukan atau disejukkan hendaklah dicairkan dengan kaedah yang betul agar dapat mengurangkan kehilangan nutrien yang terdapat dalam susu ibu. Berikut merupakan langkah-langkah yang betul :

Kaedah Panaskan Susu Perahan  Badan Ibu Dengan Betul

1) Bagi susu perahan yang telah disimpan dibahagian sejuk di dalam peti sejuk atau pada suhu bawah 4'C

a) Lalukan bekas susu di bawah aliran air paip dalam beberapa ketika.

b)Kemudian, rendam botol susu tersebut dalam mangkuk atau bekas berisi air panas selama lima minit.Kalau air rendaman yang digunakan menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, sila tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa minit.

c) Perhatikan susu di dalam botol, jika ianya terbahagi kepada dua bahagian,goncangkan botol yang berisi susu untuk beberapa  bagi mencampurkan bahagia-bahagian yang terpisah (lapisan atas adalah lemak) serta bagi menyamaratakan suhunya.

d) Rasa suhu sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda.

2) Bagi susu perahan yang disimpan dibahagian sejuk beku atau Freezer.

a) Sila turunkan beberapa botol susu beku(ikut keperluan) daripada bahagian sejuk beku ( Freezer ) ke bahagian sejuk di dalam peti sejuk(refrigerator) pada sebelah malam agar proses pencairan dapat berlaku secara perlahan-lahan dalam situasi suhu bawah 4 darjah celcius. Ini turut akan menjimatkan masa pencairan apabila mahu diberikan kepada anak anda.

b) Apabila susu tersebut sudah sedia diberikan kepada anak, keluarkan botol susu tersebut dari peti sejuk dan cairkan atau panaskan susu seperti langkah satu di atas.

Semoga perkongsian tentang teknik memanaskan susu perahan badan ibu dengan betul diatas mampu memberikan anda sedikit manfaat. Jangan lupa untuk sebarkan kepada yang lain. Terima kasih.

Sumber : Fb

0 Response to "Cara Panaskan Susu Ibu Beku EBM Dengan Betul"

Post a Comment