Cara Tanam Dan Tips Jaga Pokok Ros Jepun

Cara Tanam Dan Tips Jaga Pokok Ros Jepun. Ros Jepun terdapat pelbagai warna seperti merah jambu, merah terang, putih kuning, ungu serta oren. Ada juga yang mempunyai 2 warna pada satu bunga iaitu putih dan merah jambu.

Ros Jepun Cara Biak
Panduan Jaga Pokok Ros Jepun


Kaedah Jaga Rose Jepun Dengan Betul Dan Mudah

Pokok bunga rose jepun sangat mudah membiak melalui akarnya yang menjalar dan turut boleh dibiakkan melalui keratan batang. Cucuk  sahaja ke  dalam tanah, insyaallah akan hidup. Selain itu, pokok rose jepun juga boleh dibiakkan menggunakan kaedah biji benih.

Cara Buat Ros Japan Berbunga Dengan Banyak

Ros Jepun sangat gemarkan kepada cahaya matahari yang banyak. Tumbuhan ini akan mengeluarkan bunga yang lebat jika mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Oleh itu, dedahkanlah pokok anda pada cahaya matahari di luar rumah  dan hindarkan dari letakkannya pada tempat teduh atau di dalam rumah.

sumber : fb

0 Response to "Cara Tanam Dan Tips Jaga Pokok Ros Jepun"

Post a Comment