Harga Slot Pengiklanan Produk Di Page Siakap Keli

Harga Slot Pengiklanan Produk Di FB Page Siakap Keli. Penjelasan mengenai screenshote SiakapKeli. Viralkan apa-apa isu di Siakap Keli semuanya adalah percuma, Namun, ianya akan ditapis serta dipilih. Tak semua yang hantarkan mesej melalui inbox kami boleh tolong post.

Siakap Keli Caj Iklan
Caj Iklan Di SiakapKeli


Harga Untuk Promosi Barangan Dan Produk Siakap Keli

Viral bertujuan promosi sesuatu perkara yang anda lihat kami postkan juga kebanyakannya adalah percuma, diatas beberapa faktor seperti :

  • merasa perlu dibantu, 
  • berada dalam kesusahan, 
  • sedang terdesak,
  • bantuan atau derma,
  • Sesuatu produk tersebut menarik misalnya membekalkan makanan yang enak dengan perkhidmatan yang bagus dan harga yang berpatutan serta mempunyai potensi untuk viral
  • Dan lain-lain lagi.

Diatas merupakan contoh-contoh jenis slot pengiklanan yang diberikan secara percuma. Banyak lagi sebenarnya yang free. Kami bukannya kapitalis, mentedarah atau mencekik duit orang.

Promosi Slot Iklan Percuma Di Siakap Keli

Viral bertujuan promosi yang kami kenakan caj pula seperti screenshot yang sedang menjadi viral ketika ini pula memang ada. Kenapa Siakap Keli mengenakan cas untuk perkhidmatan pengiklanan ? Pertama apabila ia adalah satu iklan dan ianya hambar dan kami rasa dia tidak memerlukan bantuan.

Cas Slot Iklan Page Fb Oh Bulan


Jika kita tidak kemukakan caj bagi perkhdmatan iklan, atau kami letak harga yang murah maka sejam sekali lah iklan-iklan hambar masuk ke page Siakap Keli dan ianya bakal menyusahkan likers Siakap Keli. Jika nak tengok iklan banyak jugak pergi buka TV. Kami lebih kepada menolak iklan tersebut. Biasanya mereka tidak akan sanggup untuk membayar, maka iklan seperti itu tidak masuk ke Siakap Keli. Kalau mereka nak juga? Alhamdulilah boleh kita bayar para pekerja dengan bayaran yang diberikan dan akan pastikan iklan tersebut berjaya. Namun, kebanyakan mereka akan menolaknya. Ini dipanggil menapis iklan.

Kesimpulan, banyak yang kami post, hampir semua adalah percuma, tidak kira apa jenis post termasuk viral isu, bantuan, derma, gerai makan dan sebagainya tetapi akan dipilih dan ditapis. Post iklan berbayar pula biasanya dari kampeni-syarikat besar yang iklankan produk smart phone dan barangan kecantikan.

Yang sokong Siakap Keli, mahu SiaKap terus berkhidmat, mohon like dan Share. Terima kasih

sumber : fb.

0 Response to "Harga Slot Pengiklanan Produk Di Page Siakap Keli"

Post a Comment