Soalan Interview Polis Bantuan Semasa Temuduga Selalu Tanya

Soalan Interview Polis Bantuan Semasa Temuduga Selalu Tanya. Apakah soalan yang sering ditanya semasa interview Polis Bantuan dan bagaimana cara untuk menjawab soalan soalan yang ditanya oleh penemuduga ? Berikut merupakan koleksi soalan bocor temuduga Polis Bantuan beserta jawapan :


Temuduga Interview Polis Bantuan Soalan
Pengalaman Temuduga Polis Bantuan


1. Bilakah Sejarah Penubuhan Unit Polis Bantuan ( PB )

Unit Polis Bantuan (PB) ditubuhkan pada tahun 1948 ketika negara menghadapi zaman darurat. Setelah tamat darurat iaitu pada tahun 1956, unit polis bantuan telah dibubarkan dan ditubuhkan kembali menerusi Akta Polis 1967.

2. Arahan dan Penggunaan Akta

  • Akta Polis 1967 (Sek. 47 – Sek. 50)
  • PTKPN A 501
  • Auxiiarry Police Rules 1967
  • Auxiiarry Police Regulation 1970

3. Bagaimana Proses Pelantikan Polis Bantuan ?

Sek. 47 (1) Akta Polis 1967, Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri Dalam Negeri , boleh melantik mana-mana orang bagi berkhidmat dalam Polis Bantuan sebagai Pegawai Kanan Polis Bantuan dengan pangkat Penguasa, Timbalan Penguasa, Penolong Penguasa atau Inspektor dan boleh menetapkan kawasan di mana pegawai tersebut akan berkhidmat.


Sek. 47 (2) Akta Polis 1967, PJP/KP atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya di kontinjen berkaitan boleh melantik orang bagi berkhidmat dalam Polis Bantuan sebagai Pegawai Rendah Polis Bantuan dengan pangkat kehormat Polis Bantuan Sub-Inspektor, Sarjan Mejar, Sarjan, Koperal Atau Konstabel dan boleh menetap di mana-mana kawasan di mana pegawai berkhidmat.


4. Bilakah Pengambilan Polis Bantuan

Pengambilan akan dilakukan oleh agensi - agensi mengikut keperluan serta kekosongan jawatan di agensi masing-masing.

Agensi akan memohon penubuhan serta perjawatan dengan pihak Polis Diraja Malaysia ( PRDM ). PDRM akan membantu dalam proses dan tatacara serta pengambilan terhadapa calon yang melepasi tapisan keselamatan oleh Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas.


5. Bagaimana Latihan Asas Anggota Polis Bantuan

Semua Pegawai Kehormat dan Anggota PB diwajibkan menjalani latihan asas kepolisan selama sembilan minggu di Pusat Latihan Polis. Perbelanjaan adalah di bawah peruntukan agensi masing-masing. Silibus latihan akan disediakan oleh Bahagian Latihan Bukit Aman.


6. Apa Pakaian Seragam Polis Bantuan

Ketua Polis Negara  di bawah peraturan 6 (2) Peraturan-Peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 mempunyai kuasa terhadap reka bentuk, peralatan serta warna yang boleh menjadi pakaian seragam Polis Bantuan yang didasarkan kepada pertimbangan KPN.

Semua pegawai serta anggota PB wajib mematuhi arahan pemakaian seragam yang diluluskan. Kos perbelanjaan pakaian adalah dibawah tanggungan majikan masing-masing.

 7. Berapa Gaji dan Elaun Polis Bantuan ?

Gaji dan elaun pegawai dan anggota PB dibayar oleh majikan masing-masing.

 8. Adakah Polis Bantuan Mempunyai Kuasa Menyiasat

Kuasa menyiasat kepada pangkat Sarjan dan ke atas hanya diberikan kepada Polis Bantuan yang menjalankan di pelabuhan.

 9. Bagaimana Kenaikan Pangkat Polis Bantuan

Proses kenaikan pangkat seseorang anggota polis bantuan akan diuruskan oleh majikan masing-masing.

 10 Apa Warna Kad Kuasa PB Polis Bantuan

Untuk pegawai serta anggota PB, kad kuasa yang dikeluarkan adalah berwarna ‘Pantone cool Gray’.


11. Bidang Kuasa Tugas Polis Bantuan

Kuasa yang diberikan hanya dalam kawasan yang ditetapkan sahaja.

12. Apakah Tugas- Tugas Polis Bantuan 

Tugas-tugas yang dijalankan oleh pegawai atau anggota PB meliputi :


  • Rondaan, Bit dan Kawalan Statik
  • Kawalan orang ramai, memeriksa orang dan kenderaan
  • Melindungi dan mengiringi harta majikan
  • Mencegah kesalahan-kesalahan jenayah
  • Mengesan dan menangkap pesalah-pesalah
Kuasa tersebut boleh dipanjangkan di luar dari kawasan yang ditetapkan atas arahan bertulis daripada majikan bagi menjalankan tugas-tugas rasmi.

13. Perbezaan Tugas Polis Bantuan Dan Polis PRDM

Seperti pegawai atau anggota polis tetap ( PDRM ), Polis Bantuan turut bertanggungjawab memastikan keamanan serta kesejahteraan negara terpelihara.

Tetapi, kuasa bagi seseorang Polis Bantuan adalah terhad kepada liputan kawasan agensi yang berkenaan, seepertimana yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara.

Antara tugas PB yang dijalankan ialah membuat rondaan, memeriksa orang awam dan kenderaan, melindungi dan mengiring harta majikan, mencegah jenayah, mengesan serta  menahan pesalah.

Namun, perjawatan yang diluluskan bagi Polis Bantuan tidak melebihi perjawatan serta pangkat pegawai atau anggota Polis Diraja Malaysia PDRM.

Pangkat tertinggi pegawai Polis Bantuan tidak melebihi daripada pangkat KPD di kawasan yang dipohon.

Penyusunan dan penyelarasan semula perjawatan yang sudah diluluskan perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Polis Negara.

14. Soalan Berkaitan Syarikat Yang Di Pohon

Calon yang melepasi tapisan dan layak untuk ditemuduga disarankan agar membuat persediaan awal dengan membuat sedikit kajian ( study ) tentang syarikat yang dipohon bagi mendapatkan maklumat tentang jenis perkhidmatan atau perniagaan yang dijalankan, misi dan visi kampeni yang dipohon dan yang sewaktu denganya. Maklumat-maklumat tersebut boleh didapatkan melalui laman web milik syarikat yang anda pohon atau bertanya kepada pekerja yang sedang bertugas di syarikat tersebut menerusi panggilan telefon atau bersemuka. Pengetahuan anda tentang maklumat syarikat adalah sangat penting kerana ia bakal memberi pengaruh yang besar kepada keputusan temuduga Polis Bantuan yang akan dikeluarkan kelak.

Diharapkan perkongsian tentang soalan popular yang sering ditanya semasa interview Polis Bantuan PB diatas dapat membantu dan memberi sedikit manfaat. kepada anda. Jangan lupa untuk kongsikan maklumat mengenai tips menghadapi temuduga Polis Bantuan ini dengan yang lain. Selamat menghadapi interview dan selamat berjaya. Terima kasih.

0 Response to "Soalan Interview Polis Bantuan Semasa Temuduga Selalu Tanya"

Post a Comment