Wakil Negara Kejohanan Game Dota Dunia Menang RM56Juta

Wakil Negara Kejohanan Dunia Game Dota 2 Menang RM5.6Juta. Semasa semua tumpuan peminat sukan terarah ke temasya Olimpik Rio, siapa sangka dalam arena e-sport sekumpulan anak Malaysia mencipta nama setelah memenangi hadiah berjumlah  RM5.6 juta ( AS$1.4 juta ) pada kejohanan Dota 2 The International 2016.


Fnatic Dota Team
Fnatic Dota


Fnatic Raih 5.6 Juta Ringgit Di Pertandingan Dota 2 Dunia

Dikenali sebagai team Fnatic, mereka terdiri daripada 4 rakyat Malaysia dan seorang ahli dari Filipina telah mendapat tempat keempat dalam kejohanan Dota Dua terbesar dunia, di Seattle, Amerika Syarikat (USA).

Kumpulan Fnatic yang terdiri daripada Chai Yee Fung menggunakan nama samaran Mushi, Yeik Khoo Chong Xin (Ohaiyo), Zheng Nai (MidOne) dan Adam Erwann Shah (343), manakala  nama samaran DJ telah digunapakai oleh Djardel Jicko Mampusti iaitu rakan sepasukan yang berasal dari negara Filipina.

Bermula di Eropah, kebanyakan ahli Fnatic asalnya terdiri daripada pemain United Kingdom dan sekarang diterajui oleh rakyat Malaysia.

Pada kejohanan tersebut (semalam) , team Fnatic meraih kedudukan ke-4 teratas setelah menewaskan pasukan Korea Selatan, MVP Phoenix pada pusingan keempat.

Walaubagaimanapun, Fnatic telah kalah kepada pasukan Digital Chaos yang berpangkalan di Amerika pada saingan separuh akhir.

Tetapi, mereka berjaya membawa pulang 7 peratus daripada jumlah keseluruhan hadiah‎ iaitu berjumlah lima perpuluhan enam juta ringgit Malaysia.

0 Response to "Wakil Negara Kejohanan Game Dota Dunia Menang RM56Juta"

Post a Comment