Cara Buat Baja Mengunakan Belacan Untuk Tanaman

Cara Buat Baja Mengunakan Belacan Untuk Tanaman. Seperti sedia maklum, belacan merupakan antara makanan kegemaran bagi sesetengah orang. Menurut kajian, belacan mempunyai kelebihan dan kebaikan yang tersendiri kepada pemakannya. Jesteru,dibawah dikongsikan satu lagi manfaat belacan iaitu tentang panduan menyediakan baja belacan bagi membolehkan tumbuhan atau pokok yang ditanam membesar dengan segar. Ikuti tutorial penangan baja belacan yang disediakan.

Baja Belacan Cara Buat
Baja Belacan


Kaedah Sediakan Baja Belacan Dengan Mudah

1. Sekeping belacan yang berharga lebih kurang dalam tiga ringgit sahaja.
2. 1.5 liter air tadahan hujan

Sila kisarkan belacan yang disediakan dengan sedikit air hujan bagi memudahkannya larut. Selepas itu campur yang selebihnya.

Cara Guna Baja Belacan Homemade

Setelah siap resipi baja belacan yang anda buat secara diy. Sila ambil baja tersebut dan ; 

1. Siramkan tanaman anda dengan kuantiti dua sudu besar 
2. Dua kali seminggu
3. Jangan letak banyak sangat kerana bimbang pokok mati
4. Jangan siram di pangkal pokok

Jika anda bimbang pokok yang anda tanam mati, sila cuba pada satu pokok dahulu. Kalau menjadi dan yakin baru buat di pokok-pokok yang lain.

Hasil Guna Baja Belacan Pada Tanaman

Ternyata penggunaan baja belacan telah memberi impak yang positif terhadap tanaman. Disini pokok mulberi telah digunakan dan hasilnya :

1. Daun menjadi lebih lebar dan hijau ( lihat gambar diatas )
2. Buah menjadi agak besar. ( rujuk gambar diatas )

Semoga perkongsian tentang langkah-langkah membuat baja dengan belacan dapat memberi anda sedikit manfaat. Dan jangan lupa kongsikan juga kepada mereka yang lain. Akhir kata, selamat mencuba dan salam.

0 Response to "Cara Buat Baja Mengunakan Belacan Untuk Tanaman"

Post a Comment