Cara Masak Epal Goreng Yang Mudah Dan Sedap

Resepi dan Cara Masak Epal Goreng Yang Mudah Dan Sedap. Santapan epal goreng merupakan salah satu juadah yang sangat sesuai dihidangkan kepada ahli keluarga dan para tetamu yang berkunjung tiba ke rumah anda untuk makan petang atau malam.  Ianya bukan sahaja lazat malah senang untuk disediakan. Ikuti panduan membuat epal goreng yang disediakan dibawah :

Epal Goreng Resepi Mudah
Resepi Epal Goreng


Resepi Mudah Buat Epal Goreng

  1. Secawan tepung gandum 
  2. Sebiji telur
  3. Setengah cawan susu segar
  4. Dua biji epal hijau yang dipotong kepada empat bahagian.


Cara Mudah Sediakan Kuih Epal Goreng

1. Campurkan tepung gandum, telur, dan susu segar
2. Kemudian, gaul sampai rata bahan-bahan tersebut.
3. Masukkan epal yang telah disediakan dan dipotong ke dalam adunan tersebut 
4. Goreng dalam kuali yang berisi minyak panas.

Senang bukan? Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resipi ini kepada yang lain atau sebarkan di laman-laman sosial milik anda. Terima kasih.

0 Response to "Cara Masak Epal Goreng Yang Mudah Dan Sedap"

Post a Comment