Nasi Dagang Sedap dan Enak Di Terengganu

Nasi Dagang Sedap Dan Murah Di Tasik Kenyir, Kuala Berang Terengganu.  Semalam masa teman suami beli barang di kedai hardware, suami mempelawa untuk pergi mencari nasi dagang. Jesteru, kami pun telah mencari kedai yang menjual nasi dangang dan telah terjumpa nasi dagang yang murah dan sedap di gerai nombor 2 ( Kedai Aminah Muhammad.lokasi dalam Pasar Kuala Berang).

Nasi Dagang Yang Popular di Terengganu
Nasi Dagang Terengganu


Nasi Dagang Sedap Dan Murah Dekat Tasik Kenyir

Antara juadah yang lain dijual adalah nasi kunyit, nasi lemak, nasi dagang serta nasi minyak. Semasa kami tiba jam baru menunjukkan pukul 9.44 pagi, namun juadah yang tinggal hanyalah nasi dagang dan pulut kuning ( baca : turut dikenali juga sebagai nasi kunyit). Pehh, punyalah laku.

Bukan nak promosi, tapi cuma nak bagitahu yang memang sedap nasi dangang dan nasi kuyit dekat situ sebab dah rasa sendiri. Mungkin faktor sedap kot yang membuatkan makanan lain cepat je habis. Entah-entah memang dah popular kedai ni dikalangan masyarakat disini. Entahlah.

Yang paling terkejut, bila nak bayar, harga nasi dagang dengan teh o panas hanyalah tiga ringgit Malaysia.  Buat-buat la tanya tuan kedai tu takut salah kira, dia cakap harga nasi dagang RM2.50 dan air teh o panas harganya RM0.50. Murah gila, susah dah nak jumpa kedai harga macam ni zaman sekarang. Tambah pulak ada GST. Tapi yang sedikit rasa menyesal bila balik, terlupa pulak nak tanya resepi dan cara masak dengan tuan kedai. Akhir kata, semoga perniagaan tuan kedai ni semakin majulah dimasa akan datang. Amin.

0 Response to "Nasi Dagang Sedap dan Enak Di Terengganu"

Post a Comment