Resepi Satar Ikan Yang Mudah Dan Sedap. Bagaimana untuk sediakan satar ikan secara homemade untuk dimakan bersama ahli keluarga atau kawan-kawan apabila hari petang berkunjung tiba ? Ikuti panduan membuat satar ikan tanpa menggunakan dapur arang yang dikongsikan dibawah.
Resipi Satar Ikan |
Bahan Untuk Membuat Satar Ikan
- Tiga ratus gram isi ikan selayang atau tenggiri atau sardin atau kembung
- Setengah biji isi kelapa parut ( putih sahaja )
- Seulas bawang putih
- Dua biji bawang merah kecik
- Satu sentimeter halia
- Tiga biji cili padi
- gula dan garam secukup rasa
- Beberapa helai daun pisang
- Lidi Sate
Cara Sediakan Satar Ikan Di Rumah
1. Sila kisarkan isi ikan, bawang merah, bawang putih, kelapa, halia dan cili pagi menggunakan mesin pengisar yang kering.
2. Selepas itu, gaulkan semua bahan yang dikisar dengan gula dan garam dengan kuantiti secukup rasa.
3. Ambil sudu atau cubit sikit bahan yang digaulkan untuk rasa. Biasanya satar nak kena manis sedikit. Kalau kurang rasa, sila tambah apa-apa yang patutu.
4. Bila rasa dah cukup, perapkan dalam tempoh masa lebih kurang sejam agar bahan-bahan yang digunakan sebati.
5. Potongkan daun pisang yang telah disediakan mengikut saiz yang anda suka. Biasanya kalau peniaga satar, mereka buat daun pisang tersebut kecil-kecil dan dalam bentuk kon.
6. Lepas sejam, ambil bahan yang diperap tadi, dan masukkan ke dalam daun pisang.
7. Bakar dalam pemanggang ajaib. Dan jangan lupa untuk balik agar satar masak dengan sempurna.
Itulah sahaja perkongsian tentang langkah-langkah menyediakan satar ikan menggunakan dapur gas untuk anda cuba buat sendiri di rumah. Selamat mencuba. Terima kasih.
0 Response to "Resepi Satar Ikan Yang Mudah Dan Sedap"
Post a Comment