Cara Mudah Jimatkan Bil Elektrik Dengan Berkesan. Jom kita ikuti perkongsian seseorang melalui eksperimen dan praktikal yang dilakukan beliau bagi menjimatkan kadar bayaran elektrik di rumahnya dalam tempoh masa 7 bulan. Ternyata kaedah menurunkan bil elektrik yang digunapakai mampu mengurangkan jumlah bayaran bil elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad ( TNB ).
Langkah-langkah Mengurangkan Bil Elektrik Di Rumah
Eksperimen jimatkan caj elektrik ini dilakukan oleh seorang individu yang sudah berumahtangga, Selain, perkakasan elektrik yang biasa seperti kipas dan lain-lain, dirumahnya turut menggunakan penggawa dingin ( air cond). Dibawah merupakan bill elektrik dari bulan Jun hingga Disember 2015.
- Bulan Jun ( RM205.00 )
- Bulan Julai ( RM163.41)
- Bulan Ogos (RM126.21)
- Bulan September ( Hilang dan tak dapat dikesan )
- Bulan Oktober ( RM63.64 )
- Bulan November ( RM84.00 )
- Bulan Disember ( Rahsia )
Cara Mudah Dan Berkesan Jimatkan Caj Elektrik
- Bil Elektrik Bulan June Hingga July sengaja kami paparkan untuk menunjukkan bayaran caj elektrik yang biasa kami bayar setiap bulan.
- Bermula dari bulan September, kami sudah mula menanggalkan plug jika tidak menggunakan barangan elektrik walaupun akan menggunakannya kembali beberapa jam kemudian ( semasa suami pergi bekerja di luar kawasan ).
- Setelah mengamalkan petua mencabut plug kalau tidak pakai perkakasan elektrik, bil bagi bulan oktober yang sampai di rumah ternyata menunjukkan perubahan iaitu berlaku penurunan terhadap caj yang dikenakan.
- Bagi bulan November, masih mengamalkan teknik yang sama tetapi ada kenaikan sedikit kerana encik suami berada dirumah dan seperti biasa beliau akan chargekan laptopnya sampai ke subuh. Oleh itu, sedikit penerangan dan nasihat telah di berikan kepada encik suami dan syukur beliau faham akan trik jimakkan elektrik yang diterangkan. Namun jika diperhatikan, bayaran bil masih dapat dikurangkan daripada bulan Jun hingga Ogos.
- Disember, malu untuk bagitahu bayaran bil yang dikenakan. Rujuk sahaja pada gambar diatas.
Menurutnya juga, masih terdapat beberapa perkakasan elektrik yang terpaksa dibiarkan tanpa menutup plug kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan seperti peti sejuk, thermo pot dan ubat nyamuk elektrik.
Tips Jimatkan Elektrik Dari TNB |
Diharapkan perkongsian tentang bagaimana cara untuk menjimatkan bayaran bil elektrik diatas, mampu memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa bantu kami sebarkan maklumat ini kepada yang lain dengan klik pada simbol g+1 atau kongsikannya di laman-laman sosial milik anda. Harap maklum dan terima kasih.
0 Response to "Cara Jimatkan Bil Elektrik Dengan Mudah Dan Berkesan"
Post a Comment