Kisah Jutawan Yang Tidak Pernah Disiarkan Media

Kisah benar Jutawan Muda Dari Kampung Yang Tidak Pernah Disiarkan Media. Ikuti kisah pembongkaran tentang rahsia menjadi jutawan diusia muda yang diambil dari satu buku catatan harian seorang jutawan yang tertinggal di rumah lamanya.

Rahsia Jutawan BR1M
Gambar Sekadar Hiasan


Rahsia Dari Diari Seorang Jutawan Muda Malaysia

Sudah lebih dua puluh tahun Ali (bukan nama sebenar ) tidak pulang ke kampung setelah beliau dihalau oleh ayanya kerana ingin mencari pekerjaan di Kuala Lumpur.

Ini kerana, bapanya tidak suka Ali bekerja di kota raya Kuala Lumpur. Bahkan bapanya menyatakan bahawa beliau tidak akan menemukan kebahagian jika berhijrah ke KL. Ali tidak peduli dan beliau telah nekad untuk meninggalkan bapanya tersebut demi mencari pekerjaan disana. Sejak itu, beliau langsung tidak balik ke rumah di kampung halamannya untuk bertemu bapanya yang tercinta, beliau ingin buktikan kepada bapanya bahawa beliau boleh berjaya di KL.

Suatu hari, timbul di dasar hatinya untuk pulang ke kampung apabila beliau merasakan beliau sudah berjaya dalam kehidupannya. Ali sekarang sudah mempunyai seorang anak dan seorang isteri. Dia turut memiliki sebuah kereta import berjenama Honda Accord.

Setibanya di kampung, Ali terkejut terhadap perubahan yang dilihatnya sehingga beliau lupa jalan ke rumahnya. Rumah-rumah kayu yang dahulunya di ada di tepi-tepi jalan sudah tiada lagi, semuanya sidah  digantikan dengan rumah-rumah batu yang besar. Ali melihat sekitar, betul-betul beliau sudah lupa akan jalan ke rumah ayahnya.

Jesteru, beliau mengambil keputusan untuk berhenti di sebuah restoran. Ali mendekati seorang pak cik yang sedang berjalan menuju keretanya dan tumpang bertanya,

"Uncle di mana rumah Pak Mat tukang?"

"Eh, kau ni Ali anak Pak Mat tukang, ye?"

Abu mengangguk,

"Ayah kau sudah berpindah tinggal di rumah batu banglow di jalan depan sana. Bapa kamu sudah lama tidak duduk sini, maklumlah bapa kamu tu sekarang dah pakai bmw 7 series".

Terlopong Ali mendengar penjelasan pakcik tersebut.

"Pakcik, macamana bapa saya boleh jadi  macam tu? " Ali bertanya hairan.

"Itulah kau jenis tak sabar, orang kampung sekarang semua sudah hidup senang lenang, ada rumah bungalow, kereta mewah. Haaa, bapa kamu tu pun baru balik dari melancong di Hawaii minggu lepas."

Ali jadi tidak sabar ingin tahu apa yang sudah mengubah kehidupan di bapa serta penduduk kampungnya. Lalu Ali tanpa berfikir panjang terus mengajukan soalan kepada pak cik tersebut

 " Apa yang mampu mengubah semua keadaan ni, pakcik?"

"BR1M," jawab pak cik selamba.

0 Response to "Kisah Jutawan Yang Tidak Pernah Disiarkan Media"

Post a Comment