PDRM Mangsa Culik Selamat Dan Bersama Teman Lelaki. Remaja perempuan yang berusia empat belas tahun dan mendakwa dirinya diculik di kawasan rumahnya di Bandar Sultan Suleiman, Klang, Ahad lalu sudah ditemui selamat bersama teman lelakinya di depan stesen minyak di Banting, 8 malam tadi.
Budak Kena Culik Palsu |
PDRM Sahkan Budak Kena Culik Adalah Cerita Rekaan
Datuk Abdul Samah Mat, Ketua Polis Selangor berkata, remaja tersebut serta kekasihnya dijumpai oleh sepasukan anggota polis yang menjalankan operasi bagi menjejakinya di dalam kereta.
Tambah beliau, siasatan awal mendapati Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14, sengaja mengadakan cerita dirinya diculik.
"Kami berjaya menjejakinya sejak tengah hari semalam serta mengekorinya sehingga ke Putrajaya sebelum menahan kedua-duanya di depan stesen minyak terbabit malam kelmarin.
"Nur Amirah Athirah Abdul Majid dikhabarkan melakukan perkara tersebut akibat ingin hidup bebas tetapi siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika dihubungi.
sumber : Harian Metro
0 Response to "PDRM Mangsa Culik Selamat Dan Bersama Teman Lelaki"
Post a Comment