Resepi Roti Nan Cheese Yang Sedap dan Mudah Ala Cheff Hotel. Roti tempayan atau turut dikenali sebagai roti nan cheese kini menjadi kegemaran orang banyak. Jesteru, dibawah dikongsikan bagaimana untuk menyediakan roti nan cheese secara "homemade" bagi santapan seisi keluarga. Ikuti panduan membuat Roti Nan Cheese dibawah :
Resepi Roti Nan Cheese |
Bahan Untuk Membuat Roti Nan Cheese Yang Simple dan Enak
1. Sekilogram tepung gandum
2. Setengah cawan planta
3. Setengah cawan gula
4. Dua setengah cawan air
5. Satu Sdp Mauripan
4. Cheese Keping
Tips dan Cara Membuat Roti Naan Cheesse Yang Mudah dan Lembut
1. Pertama sekali, sila masukkann gula ke dalam air dan kacau.
2. Kemudian, masukkan tepung,mauripan dan planta ke dalam satu bekas dan gaulkannya sehingga sebati.
3. Ketiga, tuang air bercampur gula yang disediakan sebentar tadi ke dalam tepung secara sedikit-sedikit dan uli kannya sampai tepung menjadi tidak melekat tetapi ingat jangan sampai keras bancuhan tersebut.
4. Selepas itu, tutup menggunakan kain basah dan simpan dalam tempoh masa setengah jam.
5. Apabila bancuhan sudah naik, tumbuk-tumbukkan tepung tersebut dan uli buat bulat-bulat besar serta masukkan cheese ke dalamnya.
6. Canaikanya menjadi leper. Biarkan dalam tempoh masa lima belas mini selepas itu masukkan ke dalam kuali pan. Pastikan api dapur yang digunakan adalah perlahan.
7. Tutup kuali dengan penutup dan sapukan majerin apabila ianya sudah kelihatan masak. Ini bagi membuatkan roti nan anda berbau sedap.
Sekarang, roti nan hasil air tangan anda sendiri sudah boleh diangkat dan dihidangkan buat santapan, tapi jangan lupa untuk potong dalam bentuk yang menarik bagi menampakkannya lebih menarik. Semoga perkongsian tentang resipi buat roti nan cheese ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa untuk kongsikan tips ini dengan mereka yang lain ya. Terima kasih.
Tq for sharing.sgt bermanafaat.melayan tekak suami.hehe
ReplyDelete1sdp bermaksud?
ReplyDeleteSudip
Delete