Resepi Cakoi Yang Lembut Dan Gebu

Resepi Cakoi Yang Lembut Dan Gebu. Bagaimana untuk menyediakan cakoi yang enak dan lembut ? Ikuti resipi rahsia membuat cakoi yang gebu dan lembut dibawah ini :

Cara Buat Cakoi Menjadi Lembut
Cakoi


Bahan Untuk Masak Cakoi


  1. Sekilogram Tepung Gandum
  2. Sepaket  Yis Segera Mauripan (11 gram )
  3. Sebiji Telur Ayam
  4. Tiga cmb Gula
  5. Tiga cmt Garam
  6. Enam cmb Baking Powder
  7. 650 – 750 ml Air
  8. Sentengah cawan Minyak Masak
  9. Minyak Masak yang banyak untuk menggoreng
  10. Tepung gandum untuk ditabur

Cara Membuat Cakoi Yang Mudah Dan Sedap

1. Gaul rata tepung gandum bersama yis segera dan baking powder sehingga rata.

2. Kacaukan garam, gula serta telur ke dalam air sampai larut.

3. Masukkan campuran tepung serta campuran air yang dibuat sebentar tadi sengan kadar sedikit demi sedikit dan kacaukannya hingga  adunan menjadi lembik. 

4. Selepas itu, masukkan setengah cawan minyak masak yang disediakan tadi dan kacau sehingga adunan berkilat dan sebati.

5. Biarkan adunan dalam tempoh masa empat jam, untuk proses pengembangan.

6. Setelah empat jam dibiarkan, sila kacau balik adunan untuk beberapa ketika bagi mengeluarkan udara dan biarkan dalam masa kira-kira setengah jam sebelum boleh digunakan.

7. Masukkan dalam kuali dan goreng.

Kini, "cakoi homemade" anda sudah siap dan sedia dihidangkan, baik untuk keluarga atau tetamu yang bertandang ke rumah. Jangan terkejut kalau ada yang menyarankan anda menjalankan perniagaan cakoi di pasar malam selepas mengikuti resepi yang dikongsikan ini.Cewah.

1 Response to "Resepi Cakoi Yang Lembut Dan Gebu"

  1. errr...nk minta confirm
    mmmm...baking powder tu 6 cmb ke?

    ReplyDelete